Sunday, December 7, 2008

Family Maker

06/12 - "kelas, hari ni hari apa?". "hari Sabtu, cikguuu!". ok, Sabtu. semalam kitorang main Friday Futsal tu kan. budak AU Three tak balik. dia tido rumah budak 10. sebab pagi Sabtu ni, dia tolong budak 10 menyucikan belakang rumah? ye kot. sebab ada pokok ke apa tah. kira, kerja gardening sikit kot. eh, entah ah. tapi yang aku tau, dia tolong budak 10. pastu dalam tengah hari sikit, budak 10, AU Three and AU Four datang rumah aku. datang-datang, terus tengok kepala budak AU Four. hah, dia dah potong rambut. dah pendek dah rambut dia. tapi dia nak botak pulak. katanya buruk. tepape betul. pastu pergi rumah budak 10 pulak. budak AU Three kata kalau dia balik kang, mesti kena bantai dengan bapak. er, tengah risau ah dia tu. time ni Kancil ada. mintak budak 10 drive. hantar budak AU Three ke rumah dia. ok, dia drive.

kitorang ikut jalan jauh, ikut Permata, and ikut highway. kat traffic light, call budak BC yang nak datang katanya. call-call, dia angkat, dia cakap kat Giant Permata dah. alaahai, nak keluar takut tak sempat. so, suruh dia pergi rumah 10 je lah. tunggu kitorang balik. then, teruskan perjalanan. tengah drive elok-elok tu, nak pergi jemput budak Setiawangsa pulak. so, pergi Setiawangsa. budak ni selalu ada kat cc Orange Setiawangsa sana tu. kitorang pun pergi lah cc ni. dah sampai, aku keluar. lari masuk cc tu. masuk-masuk, budak-budak dalam tu semua pandang semacam kat aku. macam rumah gaysss je. biar ah, pedulikan. cari-cari, budak Setiawangsa takde pulak. keluar, masuk balik kereta. pastu pergi rumah budak AU Three pulak. tapi tak jadi ah. sebab budak AU Three cakap "kalau ada RM20, aku dah selamat dah". so, balik rumah budak 10. konon nak mintak kakak budak 10 ni RM20 tu. sebelum jejak rumah budak 10, nampak budak BC dari jauh. lambai tangan macam menggatal dari jauh tu. budak 10 masuk rumah dulu. kitorang tiga borak-borak sikit, then budak 10 keluar. tanya, "dah tanya kakak kau belum?". dia cakap kakak dia tido (kot!). lupa dah dia cakap apa. pastu dia ajak pergi KLCC. ok, jom! aku, budak 10 and budak AU Three siap-siap. pastu pergi ah tunggu bas.

sebelum tunggu bas, kitorang pergi rumah budak Melaka dulu. ajak dia sekali ah sebab dia nak balik Melaka hari ni jugak. kat rumah dia, kitorang makan minum. then, kemas-kemas dapur, lepak depan. borak-borak, gelak-gelak, senyum depan lens and so on. then, bertolak. tapi kakak budak Melaka tu ikut. sebab dia pun nak balik Melaka jugak. nak pergi tunggu bas pulak, hujan. first, renyai-renyai. makin lama makin lebat. ah, sudah! time lebat tu, aku, budak AU Four, budak BC and budak AU Three bersepah cari tempat berteduh. lari sini, lari sana. macam takde guna sangat sebab basah jugak. first pergi bawah pokok. pastu pergi bawah khemah yang orang jual-jual pisang goreng kat seberang jalan. kena lintas jugak ah. kat situ macam selamat sikit. ni pun budak AU Three yang ajak kitorang pergi sana dulu. aku pergi ah. tapi budak AU Four, AU Three and BC lambat sikit. so, aku dah sampai, diorang ikut aku pulak. aku menghala diorang yang lari melintas tu. lari-lari-lari, BAAAP! headshot budak AU Four. bergegar khemah. hah gelak-gelak dah. khemah tu pendek sangat. budak AU Four tu pulak tinggi. tapi pendek-pendek pun, kena jugak. yang pandai elak je selamat dari kena tembak tu. macam sakit jugak tengok dia kena. isy! pastu budak 10, budak Melaka and kakak Melaka pulak ikut. BAAAP BUUPP! kepala kakak Melaka kena pulak. memang tepppppat punya kepala dia kena! yang ni memang nampak sakit kot. erh! gegar lagi khemah. hujan memang lebat ah. pastu tunggu lagi bas. lama sikit lepas tu, bas sampai. "whooaa! bas bas bas!". jerit-jerit macam nak mati. tahan bas, masuk-masuk, semua kitorang-kitorang ni basah gila. nasib baik dapat driver bus yang tak jahat.

dah sampai LRT WM .. skip skip, kat KLCC. kat KLCC takde buat apa sangat. plus, kitorang pergi kejap je pun. dari dalam pukul 3, pukul 6 balik dah. pastu malam takde pape dah.

the haha :


Assalamu'alaikum ..

- 'Ulwan

Saturday, December 6, 2008

Great Britain

05/12 - hari jumaat. so, solat jumaat. blablabla .. sampai petang. aku, budak 10, budak AU Four and budak Melaka, plan nak pergi cc yang murah tu, RM1/h. budak 10 cakap still RM1. so, konon nak try. nak main lagi ah ah. time tunggu bas pulak, addddoi! budak 10 ajak makan cendol. hisy, spoil. tapi aku tak kisah. aku ikut budak AU Four je. so, first tanya budak AU Four, "cc ke cendol?". dia first, jawab cc. dah lama-lama budak 10 cakap cendol-cendol-cendol-cendol, budak AU Four pun, "aaaah, cendol pun cendol lah (muka tak ikhlas gila cakap)". ok, cendol!

kat cendol pulak, takde apa sangat berlaku. aku dan budak Melaka makan cendol pulut semangkuk je. budak 10 dan AU Four makan dua mangkuk. pastu rojak satu. dah, balikk. balik tu, tunggu sampai maghrib, lepas maghrib. lepas maghrib ni, budak AU Four datang. nak main Friday Futsal lah ni. aku macam bersepah sikit time ni. call orang ni, call orang tu. tak selesa betul badan. sakit hatinya time call budak Setiawangsa ah. dia cakap main-main. macam, cakap sikit, dia off. cakap sikit, off. bodoh punya bangang. pastu cakap tegas sikit kat dia, dia cakap, "ok, aku datang rumah J* pukul 9". haa ok ah tu. pastu call budak AU Three, dia cakap nak pergi Jusco AU2-Setiawangsa yang baru bukak tu pulak. hm aku tak tau boleh ke tak, pergi rumah budak 10, panggil dia, tanya sempat tak kalau budak AU Three tu nak pergi Jusco tu. then aku suruh dia call budak AU Three tu lah senang sikit. pakai phone bapak dia. dah call, budak AU Four ambik phone tu, nak main game. tengah syok-syok main, bapak dia keluar rumah, tenggek kat depan pintu. budak AU Four tu macam terstuck dah. diaaaaaaaaaam je. sebab tu phone bapak budak 10 tu. macam takut-takut jugak ah. hm, pastu ingatkan bapak dia yang nak hantar pergi Ampang. tapi tak jadi, mak dia pulak yang hantar. so, vrrooom! go go.

call budak AU Three pergi Setiawangsa. ok, dia pergi. senang ah, sekali ambik budak Setiawangsa. dah sampai Setiawangsa, budak Setiawangsa kasi message (lebih kurang), "aku tak dapat main. mak aku marah-marah..sory la". hmmm! TAK SAKIT HATI sebenarnya. ah, biar je lah. budak AU Three masuk, teruskan lagi perjalanan ke Ampang, Sportplanet.

dah sampai Sportplanet dah. pergi kaunter, register and bayar. cari court yang kitorang akan main, park beg-beg kitorang. pastu pergi surau, solat isyak. patah balik, pergi toilet, kencing berak muntah semua-semua lah. pastu kitorang main pulak. dah habis main, keluar court, kecoh-kecoh. emo lah pressure lah apa lah. pastu suruh ah diorang diam, ha dah ok. suruh lagi lepas habis second game kang, cuba kawal emosi. jangan ngade-ngade. second game, main lagi. dah habis, hmm budak AU Three dan budak Ampang gaduh mulut. yang bodohnya, budak AU Four gelak-gelak je. hah tepape. tapi akhirnya, aku yang leraikan diorang dua. third game, menang. sebab lawan kitorang main main-main. lepas 2 goal kitorang, main slow pulak. sebab nak hina lawan kitorang tu. aa, skip skip skip, pergi tanjung. minum je, tak makan. then then, balikk.

Assalamu'alaikum ..

- 'Ulwan

Friday, December 5, 2008

Postpone

04/12 - "kakak ada usrah ah malam ni. esok ah badminton". .... kena tunggu lagi. huh

Assalamu'alaikum ..

- 'Ulwan