Sunday, November 30, 2008

Futsal, BPL

30/11 - tiba hari tournament futsal Admiral. aku bangun-bangun dari rumah budak Melaka, budak AU Four dah ada depan mata aku, tengah main PS2, "hi Wan!". time ni dalam pukul 9 lebih. bangun-bangun, terus balik. hm, ok. memang selalunya kalau tournament futsal start pagi, dalam pukul 8. tapi kitorang sebelum ni dah masuk dah tournament ni, Admiral. time tu kitorang dah menang. tapi 3rd place ah. tapi nasib baik jugak, kena lawan untuk Grand Final yang hari ni punya. kitorang ingat Grand Final start dalam tengah hari. so, kitorang pergi tengah hari ah. ok, sambung. balik tu, siap-siap terus. mandi, bawak kasut, baju lebih, dalam beg. pastu budak 10 panggil, suruh siap cepat sikit. tapi aku memang dah siap dah. then dia pergi rumah budak Melaka dulu, pergi ambik budak BC and budak AU Four. tak lama lepas tu, time aku nak keluar, budak AU Three dah ada kat depan rumah budak 10. aku masuk balik, aku call budak 10 suruh balik rumah. pastu dia terus gegas balik rumah dia. aku tak tau pukul berapa, kitorang bertolak ke tempat tournament tu, Cheras Bukit Segar, belakang Leisure Mall, dengan van bapak budak 10.

sebelum ke Bukit Segar tu, kitorang pergi Setiawangsa, nak order ticket bas ke Pulau Langkawi. tapi yang nak perginya, budak 10, BC, Melaka and AU Four. sebelum ni, konon ah plan nak bawak semua member team futsal kitorang. tapi hari demi hari, sorang demi sorang tak jadi. last-last, empat orang ni je lah survivor. tapi nak perginya pulak, malam hari ni. aa, ada jugak plan nak beli ticket bas Khamis hari tu. tapi tunggu confirmation orang. so, tangguh-tangguh sampai hari ni. doa banyak-banyak je dapat ticket. hm, pastu dah sampai Leisure Mall, kitorang keluar. so, byebye mak dan ayah si budak 10 ni. ok. first, cari tempat tournament tu dulu. time kitorang turun, kitorang jalan depan sikit. pastu nampak ada budak-budak keling ni. tengok diorang pun nak pergi cari tempat tournament tu, kitorang ikut belakang diorang ah. kitorang tak tau tempatnya kat mana. jalan-jalan sampai kat T-junction ni, ada signboard. tulis situ, "Taman Segar". so, fikir-fikir, kalau sini taman, naik atas mesti bukit. kitorang pun pergi jalan atas punya lah. keling-keling tu memang dah jalan dulu dah. pastu dah jalan sikit, ada perempuan keling ni kat seberang jalan. tengah duduk berniaga kot. entah niaga apa dia. budak AU Four pergi ah kat perempuan tu, tanya kat mana tempat tournament tu. nasib baik je keling ni tau. so, ikut je lah cakap dia, "teruuus, pastu masuk kiri". lepas kitorang tanya, keling-keling yang kitorang ikut dari belakang tu, duduk kat tempat tahan taxi. kitorang jalan mendahului ah. pastu dari depan, toleh belakang. tengok-tengok keling-keling tu ikut kitorang pulak. kitorang ingat nak buat kerja jahat sikit ah, "weh, kita ikut jalan lain ah. pastu macam dah sesat, kita nyorok, patah balik, pergi dengan syok tempat tournament tu. biar diorang tak dapat main". tapi tak jadi ah. penat and lagipun, time ni naik bukit. plus lagi, panas terik gila. berpeluh-peluh. jalan-jalan, nampak satu tempat yang kat tembok ada tulis, "Bukit Segar". Alhamdulillah. tapi mana tournament nya? haih jalan lagi ah. time ni dah turun bukit pulak. ok sikit ah. kitorang ikut jalan kiri. ada pokok, macam hutan kot. redup sikit shadow dia. tapi ada fence kat sini, kitorang ikut luar fence ni lah. jalan-jalan, tiba-tiba ada satu tempat bush ni, bergerak. pastu, "ha ha! babi tu!", budak AU Four. dia ingat orang nak percaya cakap dia. kitorang jalan cool je. tak lama lepas tu, dah nampak orang dah kat depan. yes, dah sampai ah ni.

kat tempat tournament ni pulak, masih terik lagi ah. and tengok dia punya court pun takde atap. terik gila. ah, kecewa dah. penat ah nak layan terik ni! isy. then pergi tempat DJ dia. hah aku tak tau apa nak namakan. um, tempat pengumuman macam tu lah. tengok dia punya schedule. aisehh! baru game ke 10. kitorang punya game yang ke 40. hmph! memang kena tunggu lagi lah. time ni dah dalam pukul 1 or 2 kot. buat keputusan, patah balik ke Leisure Mall. nak makan dulu. so patah balik tu, rasa kejap pulak. hm ok ah jugak. time balik tu, nampak lagi bush bergerak. pastu berdialog sikit. "kalau babi tu keluar aku jerit kat dia doh, "babi kau, babi!". hah ok, tepape jugak ah. hm masuk-masuk Leisure Mall, kitorang pergi cari food court. ingatkan ada lah. cari-cari, takde pulak food court. huh! pergi ah kedai Giant ni. makan pizza roti tu and hotdog black pepper/macam keropok tu. apa tah nama dia. semuanya ditanggung budak BC. terima kasih banyak kat dia ah. best betul dia ada. lepas makan, rasa haus pulak. budak AU Four cakap, "L**i*, haus ah. McD ah jom. satu cawan besar". BC pulak balas, "tak payah. beli sorang satu". usy cakap besar konon. "tak payah lah. beli satu je. jimat sikit", budak 10. BC balas balik, "dua ah". hm ok, dia dah cakap camtu. biar ah. pergi McD, beli 2 large Coke. minum, habis, refill. minum habis refill. pastu budak Ampang call, dia dah sampai pulak. and dia bawak orang lain sebab member team kitorang, budak Setiawangsa, tak dapat main. pengganti ah kiranya. tapi orang ni 16 tahun. kitorang punya category, under 15. tapi biar ah. tipu sekali sekala. suruh diorang dua datang McD ah. then pergi surau, solat zohor.

lepas solat, pergi balik tempat tournament tu. tapi kali ni, budak Ampang cakap ada jalan lain. lagi dekat. kira shortcut ah. dia tak tau kat mana. tapi dia tunjuk jalan sikit. the rest, jalan sendiri ah. ikut firasat je. so, kitorang merentasi construction. usy, lecak lecak. pastu ada naik bukit sikit. huh penaat je. last-last, sampai jugak. hm, memang lagi dekat ah jalan construction ni. cari tempat redup, dapat. pastu budak Setiawangsa tiba-tiba call. kata nak datang. ok, datang ah. best sikit. pastu dia dah sampai. game kitorang pun start. tapi aku tak main. main-main-main, dapat 3rd place. uh, lagi sekali. menang voucher RM700. voucher Admiral. so, kitorang balik ke Leisure Mall. tapi ikut jalan construction tu lagi. kali ni turun bukit pulak. agak takut jugak ah. tapi budak AU Four macam poyo je, time turun bukit tu, "ala korang ni. tengok, aku relaax je". dia turun bukan main laju lagi. dengan muka dia yang macam mengutuk kitorang. tapi kelakar ah. ok, dah sampai Leisure Mall, kitorang cari barang Admiral. tapi tak jumpa benda best, beli selipar je. lepas habis shopping, risau tak tau nak balik macam mana pulak. huh, then siapa yang pergi Langkawi tu, naik taxi. sementara yang lain, ikut budak Ampang. tumpang dia. first hantar budak 16 tahun, then pergi rumah budak Ampang. tunggu abang dia rehat kejap. thenthenthen, hantar kitorang (aku, budak AU Three and budak Setiawangsa) kat depan Ampang Point. dari sini, kitorang tahan taxi. first kitorang dapat taxi satu ni. tanya driver dia, "Lembah Keramat AU5C?". terus-terus je dia cakap, "aa, RM8 lah". emph, terus cari taxi lain. kurang ajar ah tu terus cakap harga. dapat taxi lain, kitorang kutuk-kutuk pasal driver taxi tadi tu dengan driver taxi yang baru ni. pastu sampai rumah aku, kena RM6. ha, baru betul. aku masuk rumah, ambik duit nak makan.

pergi Restoran Tanjung Sari kot. order-order, tengok bola sekali, ManU VS ManC. dah habis, ManU 1 - 0 ManC. call bapak budak Setiawangsa, suruh jemput. then dah sampai, byebye byebye lah.

Assalamu'alaikum ..

- 'Ulwan

Empty bottle

29/11 - hari ni hari Sabtu. and aku spend time kat rumaaah je. tapi malamnya, aku, budak 10, budak BC and budak sibuk Melaka pergi rumah budak AU Four, main pingpong. dia ajak. tapi aku tak main, tak reti. time budak BC main, dia bukak baju sebab panas. sebabkan kitorang jerit, gelak-gelak, mak budak AU Four ni keluar and time mak dia keluar, BC tengah nak serve dengan bogel badan atas. and mak dia cakap (lebih kurang), "kalau nak main, diam sikit lah. ni sampai dalam tak senang. ni pun macam Sutun dah (budak BC yang bogel sikit tu). tau Sutun tu siapa?". mak dia masuk, kitorang gelak kat BC. yes, Sutun! pastu kitorang balik rumah budak Melaka tu. tido rumah dia. kitorang tido lambat sebab kitorang main PS2. tido dalam pukul 5 lebih.

Assalamu'alaikum ..

- 'Ulwan

Saturday, November 29, 2008

Bonus

28/11 - sebelum solat jumaat, dah plan nak pergi cybercafe dengan kawan. ada promotion, RM1 sejam. kena pergi ah. pastu pergi masjid, borak-borak, gossip sini gossip sana. pastu budak AU Four sampai. dia sampai, boleh ah gelak lebih-lebih. then, balik tu, aku tukar baju and ambik duit. rehat kejap kat depan rumah aku. pastu pergi tunggu bas. tunggu pun, kejap je lah. tak lama sangat. time dalam bas pulak, aku separate dengan diorang. duk jauh sikit. aku duk sorang dengan ada budak gay ni kat depan aku. rasanya gay kot. sebab sepanjang aku duk depan dia tu, dia pandang aku dari bawah sampai atas aku. agak gentar di situ, huh.

cc tu dekat dengan LRT Station WM. so, berhenti ah kat station ni. keluar bas, jalan sikit sampai cc tu. tapi otw ke cc tu, kitorang nampak ada orang kena pukul kat seberang jalan, depan restoran mamak kot. ala, biasa ah kerja boyan rempit. seorang VS many many many. pastu sorang dari kedai mamak tu, orangnya artist, pergi kat budak-budak boyan tu. orang ni datang, pastu boyan-boyan yang memukul tu lari. then kitorang macam menyibuk sikit, pergi ah kat tempat kejadian tu. nampak macam orang tu kena bantai habis kat bahagian kaki. tapi tak tau lah patah ke tak kaki dia. dah tengok sikit, kitorang teruskan perjalanan ke cc tu lah. otw ke cc ni lagi, budak AU Four cakap (lebih kurang), "aku tau orang tua tu apa", "dia yang, "saya dah penat dengan sampan ni", kat iklan tv". hm time ni aku pelik sangat yang dia cakap "apa". kenapa "apa"? bukan "siapa"? ok, pastu dah sampai cc, cari pc kosong untuk 6 orang sebelah-sebelah, banyak gila pulak port. tak tau nak pilih mana. last-last kitorang ambik yang jauh sikit dengan orang lain. dah bayar tu, kitorang main lah apa ada situ. 3 jam kitorang main. pastu dah habis tu, balik lah.

er, hari ni kitorang tak main Friday Futsal. sebab hari Ahad ada tournament futsal lain. so, tenaga untuk hari ni ganti untuk Ahad nanti lah.

Assalamu'alaikum ..

- 'Ulwan

Friday, November 28, 2008

Hi and Bye

27/11 - semalam 26/11 aku tido pukul 12 lebih. hari ni pulak, aku bangun awal dalam pukul 6.50 sebab aku set alarm. aa, hari penting ah ni. takut tak terbangun aku kang susah gila. bangun-bangun, solat pastu mandi. lepas mandi, pakai boxer and jeans aje. er ok, hari ni aku nak keluar. so, jeans ada lah time ni. dalam pukul 8 setengah or lebih kot, aku call budak 10, budak AU Four and budak AU Three. aku call budak 10 dalam 5-6 kali. tiap kali aku call keluar Voice mailbox. call budak AU Three pulak ada ah dalam 5-6 jugak, engage sentiasa. ah, tak tau ah engage ke apa. atau dia off kot phone dia. entah ah. pastu budak AU Four pulak, kalau nak contact dia kena call phone mak dia. so, aku call, mak dia angkat. tanya lah budak AU Four tu ada ke tak. mak dia cakap tidur. aku pun, "ok, assalamu'alaikum". seram gila nak cakap dengan mak dia.

dalam pukul 9, pergi tunggu bas. isy, tunggu bas pun macam tunggu orang dari Singapore jalan kaki ke Selangor. lama gila. tapi ada ah bas sampai dalam pukul 9.40. isy, akhirnya lah kan. sebenarnya aku plan nak pergi dalam pukul 9. sebab aku ada book ticket cinema. and kena ambik 45 minit sebelum cerita start. cerita tu start pukul 11. tapi takpe ah. rushing rushing, sampai LRT WM, sampai LRT KLCC, dah nak habis 45 minit sebelum cerita start. so, lari-lari sampai ke TGV tu, alamak! isy, kena beratur pulak. nasib je tak panjang. ada ah dalam 2-3 pihak kat depan. so, beratur je lah. dah kira selamat dah tu. then, beratur punya beratur, dah sampai aku punya turn nak ambik ticket. orang yang jaga tu first-first dia nak tanya, "ada booking tak?". tapi cara dia cakap buat tak faham. macam, "ada berking tak?". aku pun, "ha? ha? apa king?". pastu dia gelak-gelak, ingat orang berjenaka. bongok punya laki. then cakap lagi, "ada berking tak?". "berking?", aku tanya balik. "ye, berking. er, B-O-O-K-I-N-G, berking. ada berking tak?". aku fikir dia main-main ke apa, "oh, booking lah! ada ada. hisyy". bila dah bayar, aku call orang yang aku nak keluar bersama tu, N, suruh dia datang TGV tu. so, dia datang and, hah. 'terjatuh' aku. dari jauh tengok dia macam dah gemuk. bila dia datang dekat, "eh, cepatnya kurus?". dia datang dengan kawan dia and kawan dia tu punya kawan. then, berpisah, aku dengan dia je sekarang.

jalan sembang jalan sembang, dia asyik gelak macam orang sawan tak berapa siuman tapi sawan jugak kot. biar ah, asal dia happy. pastu dah pukul 11 tu, pergi TGV balik masuk cinema room 1. ok, cerita Twilight. tengah syok-syok tengok, time keluar babak Edward, orang bodoh tengah hari tak dapat tido tapi petang pun sama tak dapat tido menggila macam, "ooohh!". isy, orang gila tak sedar diri! pastu ada satu part tu, dia cut! isy, lagi ah sakit hati. part yang Edward dengan Isabella/Bella cium kat dalam bilik Bella tu. cut habis ah! erh, tak aci gila. orang tengah menunggu gila gila part tu je sebenarnya. memang part tu je. takpe ah. kalau download, mesti tak cut kan? yes, aku dapat tengok jugak lah ciuman tu. so, lepas tengok, kitorang pergi makan pulak. makan chicken rice je. RM5.50 x 2 = RM11. lepas makan, beli air kat McD. nak beli iced milo large. ingatkan harga sama macam large coke, RM3.10. sebelum turn kitorang, aku keluarkan wallet aku. pastu N semangat je, "nak keluarkan!". dia nak keluarkan RM3 dari wallet aku tu. ok lah, kasi ah. pastu 10c? ok, kitorang lumba. siapa keluarkan dulu, dia bayar. bertungkus-lumus, berpeluh sini sana kitorang nak bayar jugak walaupun 10c tu. pastu dia menang. pakai jugak lah dia punya 10c. isy, macam tak puas hati jugak ah. rasa macam, nak rematch! hm so, dah sampai kitorang punya turn nak order, "iced milo satu, large one". orang tu cakap, "RM5.15". aku dengan dia dah gelak sikit. pastu dia salahkan aku pulak. aku balas ah, "eh, siapa yang keluarkan RM3 tadi ah?". hm 10c aku pun kena pakai jugak. then, rasa ah puas hati SIKIT.

pastu kitorang pergi park pulak. jalan-jalan sampai kat hijau bulat tu, yang tepi dia ada bangku. so, kitorang duk kat bangku tu, borak-borak, gelak-gelak, senyum sini senyum sana, dia comel, aku tak .. saaampai pukul 4. dia kena balik dah. mak dia suruh balik pukul 4. dia nak balik dah lah ni. tapi aku bawak dia ikut jalan jauh sikit lah. boleh borak lebih SIKIT dengan dia. then, bapak dia call, suruh balik and nak drive lah pergi tunggu kat station star. so, jalan-jalan .. tiba-tiba, dia terlupa pulak nak beli novel cerita dia, Eclipse. 3rd series of Twilight eh? apa tah. so, pergi ah teman dia. pergi Kinokuniya. berlari berkejaran buku tu. er, tak lari tapi jalan laju-laju lah. kat Kinokuniya tu pulak, kena beratur panjang. haih takpe lah. aku ambik tugas beratur and dia pergi cari buku dulu. dah dapat, pastu turn kitorang nak bayar pulak. dia cakap ada discount or bonus apa tah. dia suruh ambik lagi satu buku. aku diam je lah, sebab aku takde pasal pun dalam hal ni. so, dia cakap "takpe, ni je". ok, pastu aku cakap dengan sloooow gila dekat N, "tak nak ambik buku Twilight Saga ke untuk 'i' baca?". er, aku tak tau N dengar ke tak. tapi orang yang kat kaunter tu dengar apa aku cakap and, "er, nak ambik buku dulu ke?". aku pun, "eh, tak. takde pape". pastu pandang tepi, buat muka bengis untuk dia tapi kira macam belakang-belakang lah.

pastu bergegas ke tempat beli ticket. time otw tu, kat escalator, terjumpa adik kecik cina ni dengan mak dia kat sebelah dia. dia berdiri kat anak tangga lepas anak tangga aku berdiri. dia pandang belakang and pandang aku. and aku pun, "hi!" kat dia. then dia toleh balik and pandang mak dia kat sebelah tu. mak dia pulak pandang aku and pandang anak dia balik pastu gelak and anak dia pun gelak. aku pandang N, dia pun gelak. tapi aku tak tau apa masalah kat situ. ok, habis situ. nak pergi beli ticket pulak, "woahhh! panjang gila nak beratur!". so, pecah 2-2. kawan N and kawan N punya kawan tu beratur untuk machine punya and aku dengan N beratur untuk kaunter punya. time beratur tu pulak, "adddddoi!". aku punya 'peluru' sakit gila. padahal takde kena tumbuk ke berlanggar mana-mana tiang ke. tapi tiba-tiba je sakit gila. macam berdenyut-denyut. takpe ah, tahan je. pastu beratur nak dekat sampai kaunter tu, kawan N tu pergi kat kitorang and cakap, "tak boleh lah. tak terima syiling"? er, lupa dia cakap apa. then dia suruh aku belikan. ok, belikan je lah. dah beli tu, turun bawah kat tempat tunggu train pulak. train ada time tu, tapi dah penuh sangat. so, tunggu lagi satu punya lah. time tunggu tu, rasa macam, "isy, merindui ah kang". takut-takut je nak berpisah. dah lah jauh tempat tinggal. takpe, kesabaran membawa hikmah. so, byebye her, byebye me.

Assalamu'alaikum ..

- 'Ulwan

Thursday, November 27, 2008

Brain problem

26/11 - lupa lagi! sorry sangat ah. isy, bodoh.

Assalamu'alaikum ..

- 'Ulwan

Whaa ..?

25/11 - petangnya, aku main futsal. ada friendly dengan budak kelantan. skip-skip-skip, time syok-syok main, tiba-tiba team kelantan tu keluar tak pasal-pasal. pastu tanya apasal keluar. dia tanya balik, siapa keluar dulu. pastu cakap, "its over ah". pastu main balik, kitorang menang. keluar court, kutuk-kutuk diorang. ajuk cakap diorang yang "its over" tu, "kelantaaaaan!". budak kelantan.

isy, lupa dah ah apa jadi. lupa nak cerita awal-awal. skip terus sampai malam, aku tido rumah budak 10 dengan budak AU Three. tido agak lambat jugak sebab main PS2 pastu tengok UEFA. esoknya, balik.

Assalamu'alaikum ..

- 'Ulwan

Tuesday, November 25, 2008

Cuddle up!

24/11 - "bangun pagi, gosok gigi, guna spanar jayaaa~", lagu tadika. best, tapi dah lama ditinggalkan. manusia makin membesar, meninggi, menggemuk, memusnah and so on off on off. ok, the story. hm mulanya lepas zohor kot. ok, budak AU Four call aku, nak datang rumah. ok ah, datang je ah. then dia sampai. dia suruh call budak 10. katanya, semalam 23/11 ada plan nak pergi rocking hari ni. time call budak 10, dia tengah tido. so, calling ni pun mengganggu dia lah. dia angkat, suara mimpi je. suruh dia keluar rumah, kitorang datang. ok ah, dia keluar. kitorang dua pergi rumah dia. cakap-cakap, borak-borak.

pastu budak 10 cakap budak AU Three dan budak Setiawangsa ada kat Orange Setiawangsa. then, budak AU Four pun, "ha jom ah! rocking tak jadi", lebih kurang ayat. ok, jom! call budak Setiawangsa and AU Three, diorang dah bla. tapi kitorang suruh diorang patah balik. and, diorang pun patah balik lah. bagus, pandai bertindak. pastu call budak BC pulak, suruh dia datang sana jugak. lepas call, tiba-tiba sampai satu soalan disiarkan dkat papar muka masing-masing, "duit ada tak?". hm semua tergelak kecik pasal memang takde pun duit time tu. aku dengan budak 10 pergi masuk rumah sendiri, cari syiling. korek sini korek sana, gali adik gali kakak, aku dapat rm1.10. budak 10 pulak, first dapat rm2.70 kot. second time dia cari, dapat macam aku jugak, rm1.10. campur nasi, kuah, ikan bilis, petai, nasi lemak, semua-semua tu, ada ah dalam rm3.80+rm1.10? er, rm4.90 lah kan? pastu AU Four suruh budak 10 cari lagi. then dapat lah lagi sekali rm1.10. so, cukup rm6 and kat Orange tu nanti, sorang main rm2 lah. hm budak AU Four pulak rasa macam malu. dia cakap, "takkan syiling? bising kedai tu kang tabur syiling ni semua", "orang yang tengah main tu semua stop, terus bla je". er, ok. dialog kedua tu aku tambah-tambah je. sorry. "ala, tukar je ah kat kedai mana-mana kang kat sana", aku kasi keyakinan kat dia. pastu mintak ummi budak 10 hantar. yeahh! Vrooom! sampai kat Petronas Setiawangsa tu, ok stop. duit tambang? takde. free. sampai situ, kitorang pergi restoran .. Kita Nasi Kandar, tukar duit syiling ke kertas. aa, dapat ah rm6 kertas.

sampai ke Orange, tunggu dua orang tu. AU Three sampai dulu, then budak Setiawangsa pulak sampai. bincang-bincang sikit, "ok, rm2 sorang". then, kitorang main MotoGP '07. main Multiplayer lah. kitorang 5 lumba. usy, mencarut *tuut tutt*. tau lah tak senonoh. tapi macam, hm takpe lah. kalau terbabas je moto, "weh, cepat lah bangun! lembab!". huh, main-main-main, aku tak dapat pun 1st place. takpe, cuba lagi lain hari. dah habis masa rm2, call BC, tanya kat mana dah. dia cakap kat Ampang Park LRT. ala, tepape lah. then suruh dia pergi Setiawangsa LRT, kitorang jemput dia kat sana. so, pergi ah LRT tu. sampai sana, kitorang dah ambik dia, naik cab pergi AU5C. nak pergi main futsal kat AU4. siap-siap, then pergi ah court futsal tu. dah main satu round, orang tua boyan tak sedar diri tunjuk besar dia, tak kasi kitorang main lebih. jealous lah tu. pastu balik ah. budak AU Four balik rumah dia kat AU4 tu. malam tak boleh keluar dah. so, kitorang balik AU5C. and tukar seluar, pergi masjid, solat maghrib.

lepas solat tu, pergi makan pulak. order murahan jugak lah. hidup berjimat membawa berkat. so, nasi set 5, nasi kosong 2 pinggan. air, Apple Juice 1, Orange Juice 2, Teh Ais 1 and .. aku tak tau apa nama budak Setiawangsa punya air. pastu air dah sampai, makan belum lagi. time tunggu makan sampai ni, kitorang mula cerita time kecik-kecik dulu. aku, budak Setiawangsa dan budak 10 dulu sekolah rendah sama. kutuk-kutuk ah apa jadi time dulu tu. yang aku tak tahan, part kawad kaki Syabab. kalau sekolah biasa, "luruskan barisan!" en? kitorang punya special, "Aidimuddan!". aku tak tau eja dia macam mana, tapi sebutan dia macam tu ah. Arab punyaaaa! haha pastu turun tangan pulak, "Ziro Alkhaf!". tak tau eja jugak. Arab lagi. memang gelak punya best ah. haha, haha dan haha je dialog time ni banyaknya. pastu nasi dah sampai, MAKAN! ngap sini ngap situ, sorry 'sana' takde. haa agak kenyang ah. er, mulanya kitorang nak dessert, ABC. tapi budak yang belanja kitorang, BC tu kata macam tak cukup duit. sebab dia pun balik rumah nanti pun dah dalam rm10. so, kitorang pujuk, tak dapat jugak. pastu budak AU Three bukak minda, "L***p, satay ah?". haaa yang ni mau lah. pastu dia macam ragu-ragu lagi, dia pergi ah bayar makan situ dulu. pastu YES! cukup satay+nasi impit 4 = rm10. order terus. borak-borak-borak, sampai satay, terus baham semua. pastu tiba-tiba macam ada kurang. terus henti kejap. AU Three cakap, "aku order nasi impit 4 tadi tau". pastu berhenti ah makan. budak Setiawangsa dan BC dan telan satay dah. time tu takut-takut je, ingat orang lain punya. pastu AU Three pergi tempat satay tu, tanya, balik kat meja, "betul lah kita punya. dia salah tu". apa lagi, teruskan makan! yeaaaah! habis. sedap, kenyang dah. time bla, tengok perut masing-masing. kembung-kembung je semua. geli jugak tengok. tapi geli gelak lah.

kat depan rumah budak 10, aku, budak Setiawangsa, BC dan AU Three borak-borak. cakap pasal logic dalam diri perempuan and diri laki ah. pastu bapak budak 10 keluar. masuk kereta kancil, ingat nak hantar budak Setiawangsa dengan AU Three. tiba-tiba ummi dia keluar pulak dengan adik kecik dia. hm ok lagi. pastu adik dia pulak keluar. ok sikit. pastu adik dia lagi keluar. "eh, muat ke?", fikir pelik. hmmm! adik dia lagi satu keluar. hm tak dapat ah. pastu kakak dia pulak keluar. "ok, takpe lah. terima kasih". er, sah-sah lah kancil tak muat tu kan? pastu semua yang keluar tadi tu, pindah ke van pulak. ummi budak 10 tu pulak datang kat kitorang tanya siapa yang nak balik. aku pulak menyampuk, "siapa yang nak balik tu, angkat tangan". budak Setiawangsa dan AU Three angkat. pastu ummi pulak cakap, "korang balik sendiri boleh tak? mak cik penat lah". hm diorang pun, "ok". van tu reverse, makin jauh sikit tu, budak Setiawangsa countdown, "satu .. dua ... tiga!". van tu besar lagi kat mata kitorang, dia lari masuk rumah budak 10 tu. tak malu gila. tapi tak malu jugak, kitorang tiga pergi ikut dia lari masuk rumah budak 10. kat dalam, cakap macam-macam, buat macam-macam, baru balik. balik naik taxi lah. dah dapat taxi, aku dengan budak 10 balik.

kat rumah, sebelum mandi, aku cium bau badan aku. tiba-tiba datang satu petanda, bau dari badan aku jugak. aku cari bau tu datang dari mana. hmm ketiak rupanya. memang kuat bau time tu. pastu turun bawah dulu. tengok-tengok, ada rezeki. kakak kecik tengah duduk kat sofa tengok tv. aku saja ah duk sebelah dia and tangan kat kepala. biar ketiak terbukak luas untuk orang lain terpegun tengok. tiba-tiba kakak aku tu, "Bewan busuk!". dia tendang-tendang aku. aku gelaaaak je. jahat betul. ok, dah.

Assalamu'alaikum ..

- 'Ulwan

Monday, November 24, 2008

Again #2

23/11 - oooohhh! aku ingat pasal malam je. ok, starting .. malam tu, aku, abang, kakak, kakak, ummi, adik, tengok tv. cerita Enchanted. tengok-tengok, yang perempuan tu, Giselle, hidung dia tajam kan? ha, abang aku mula bersuara, "isy tajam gila hidung dia!". then dia pergi kat ummi yang tengah menjahit time tu, "ummi, pinjam gunting? nak tiru orang tu ah". ummi kasi ah. tapi tak kasi gunting. dia kasi jarum 2 utas. aaa, cukup lah tu.

Assalamu'alaikum ..

- 'Ulwan

Sunday, November 23, 2008

Again

22/11 - lepas balik dari rumah budak 10, kat rumah aku terus tido balik. and bangun dalam pukul 10.30. memang tepape. hari ni hari sabtu sebenarnya. tapi yang ada kat kepala time baru bangun ni, "eh, solat jumaat! nak mandi ah". ok, bangun and mandi. pastu nampak ayah tengah buat kerja. tanya dia, "ayah, tak pergi masjid lagi?". dia pulak tanya, "ada apa kat masjid?". "laa, solat jumaat kan?", "baik Bewan pergi tido balik sebelum ayah pergi masjid betul-betul". aku tanya lagi, "apasal?", "clue Bewan boleh cari kat calendar". aku pun, "eh! hari sabtu lah! sorry ganggu". terus duk atas katil, menyesal macam orang bodoh. pastu aku online, sampai zohor kot.

lepas solat zohor, Mak Uda call ummi. ajak pergi balik kampung. ummi pun, "ok, jom!". pastu dia ajak penghuni rumah yang ada kat rumah time tu. pastu aku macam tak terdaya nak angkat kaki. malas lah maksudnya. then ummi pun, "ok, Bewan tinggal rumah sorang-sorang, jaga rumah. nak makan ada maggie". hm ye lah, maggie ada pun boleh tahan. then, dalam pukul 3, Mak Uda sampai rumah, diorang pergi naik kereta Mak Uda je. "ok, bye!". hm dah, home alone lah. sepanjang sorang je kat rumah ni, badan aku macam panas-panas. er, bukan sebab aku tak solat. aku solat. cuma stress boring. nak buat tu buat ni macam tak kuat sangat badan. takpe ah, baring-baring pun boleh cari energy.

blablabla, tiba-tiba kakak jahat balik. aa, dalam lepas asar kot. usy, nasib baik sangat lah dia tengah penat. rumah pun bersepah gila time tu. so, dia dengan penat dia pun tak mampu buang suara kot. aku pun legaaaaaaaaa, yeah. tapi tak bermakna lah kakak jahat ni mati. isy! er, ok! very the boring lah hari ni.

Assalamu'alaikum ..

- 'Ulwan

Saturday, November 22, 2008

Kubur

21/11 - ...

er, sorry. paling bodoh kot alasan aku. aku lupa apa jadi pagi dan petang hari ni. isy, otak longgar. paku berkarat, tak kuat cengkam. tapi malam punya boleh tahan ada lagi.

ok, startnya aku bangun tido. dalam pukul 6.30 kot. buat asar. er, sorry lambat buat lagi. nasib ah. pastu tunggu azan maghrib, solat maghrib. tapi solat kat rumah je. ala, faham-faham ah. manusia malas dia macam mana. lepas solat, bukan main cergas lagi. main gurau-gurau dengan adik. gelak sini gelak sana, kacau orang tengok tv dengan bising-bising tu. pastu orang tu marah, gelak lagi gelak lagi. padan muka orang tu. pastu dalam pukul 8.54, budak 10 call. biasa ah, jumaat malam sabtu ada mini tournament. so, dia call suruh get ready. tapi aku tak main pun. get ready tu, maksud aku pergi ikut lah. nak lepak sekali nanti. dalam pukul 9 bertolak.

dah sampai tu, tunggu sampai pukul 10.30, game start. habis game-game tu semua, ada ah dalam pukul 1.30 jugak kot. kitorang pergi makan minum, semua tu ah. rehatkan badan. er, minum air je sebenarnya. takde duit yang halal nak guna untuk makan time tu. pastu call abang, nak balik rumah. dia sampai dalam pukul 2. time otw tu, patutnya kena hantar budak AU Four dulu. tapi macam terbodoh. patut kena lalu highway tu ada selekoh masuk kiri, boleh terus ke AU Four. tapi time tu tengah layan lagu, pastu pulak budak 10 sengal sangat, "Wan, AU4! ha, ha, apa dia fikir tu, apa dia fikir tu ..". lebih kurang ah. kalau dia cakap AU4 tu je kan boleh lah aku suruh abang aku lalu situ. sampai dia cakap ".. apa dia fikir tu ..", aku dah terngadah dah. tak tau dia cakap apa dan tak tau nak fikir apa. minda empty sangat. pastu nak cakap orang lembab lembab. aih kurang hajarrrrr! budak AU Four pun salahkan budak 10. hah memang patut. haha, tapi takpe ah, terus je ke rumah aku.

dah turun kereta, kitorang berempat hantar budak AU Four pergi balik. hantar naik kaki je lah. time nak hantar dia balik tu, abang aku ternampak aku jalan kaki. pastu jerit, "kau nak ke mana tu Bewan!?". aku cakap ah, "hantar orang balik!". pastu dia tanya lagi, "nak hantarkan tak!?". "tak payah lah!", aku cakap. pastu time baru nak start perjalanan tu, budak AU Three boleh pulak cakap pasal hantu. budak AU Four rasa macam tak sedap hati. pastu dia teringat pulak yang on the way ke rumah dia tu ada kubur. dia dah takut gila dah. pastu dia cakap kat budak Batu Caves pulak pasal kubur tu. BC ni pulak takut. aku tanya ah diorang, "nak abang aku hantarkan tak?". diorang dua yang takut tu mengade, "panggil ah abang kau. takut doh". pastu patah balik, dari jauh call abang aku suruh hantar. dia pun ok lah. time otw, kitorang lalu jugak ah kat tempat yang ada kubur tu. budak AU Four tunjuk satu ke dua, satu kot .. satu pokok yang berhantu. dah lalu depan-depan pokok tu, AU Four pandang pokok tu, takut sangat, "isy, aku nampak 'dia' dah". padahal kosong je kat pokok tu. dah gelak sikit. pastu dah sampai depan rumah dia. dia keluar kereta, terus lari masuk rumah. usy, rumah dia memang gelap gila. takde lampu kot depan rumah dia tu.

pastu balik rumah, tido rumah budak 10. time tengah duduk rehat-rehat kat dalam rumah dia, ungkit balik pasal tadi, yang lembab tu. aku pun malas dengar, aku selit-selit ah, "eh, cepat ah ambik PS2 kat atas!". ok, dah turun sikit topic tu dari dihangatkan. kalau up sangat, terdera aku. aa, then aku tido dalam pukul 4. esoknya, aku balik rumah.

Assalamu'alaikum ..

- 'Ulwan

Friday, November 21, 2008

Untitle

20/11 - ummi pernah kata kalau kita gelak banyak, sistem badan kita jadi lebih smooth. and hari ni, aku dan adik aku, sambil menunggu budak 10 balik dari Gombak, bergelak ketawa dengan lawak budak AU Four. terhibur kejap. dan malam, bicara dengan ayah pasal duit, pacar dan .. ada lah macam-macam lagi. dia ajar aku banyak kat situ. best jugak. lepas ayah, ummi pulak berbicara. ummi konon nak hiburkan hati aku lagi, tapi macam tak dapat. sebab agak penat kot time tu, lepas tengok Kickin It Old Skool. sebelum tido, berani pulak aku berangan. padahal aku tau, bila aku berangan, rindu makin kuat. takpe ah, sekali sekala. boleh jugak test kesabaran.

ok, cukup. Assalamu'alaikum ..

- 'Ulwan

Thursday, November 20, 2008

Nerd

19/11 - hari yang sepatutnya menjadi sejarah, cancel dah! addddoi! kecewa 12 minit. pastu dah elok. hm, takpe ah. hari ni, aku bangun awal. dalam pukul 6 jugak kot. haha, gila. tu lah, patutnya ada sejarah mendatang hari ni. tapi ada sebab ah sejarah tak dapat dinyatakan. isy, ngarut dah. budak 10 datang rumah dalam pukul 8.30. datang, borak kejap. sampai pukul 9.30. pastu aku makan roti canai dua keping. ah, skip skip skip ... sampai pukul 11. pergi rumah budak 10, tunggu budak AU Four. time ni AU Four pergi UiTM, Shah Alam, pergi jemput kakak dia. so, tunggu ah. pukul 12, budak 10 dah bertolak dulu pergi tunggu bas. aku tunggu AU Four kat rumah saaaammmpai pukul 12.23. terus bergegas kejar budak 10. pastu naik bas sama-sama, train sama-sama, sampai KL Sentral.

orang yang ditunggu tengah tunggu kat depan scanner ticket tu. ok, pergi solat zohor. lepas solat tu, budak 10 dan budak AU Four pakai kasut. so, tunggu ah diorang pakai kasut. aku pakai selipar je. pastu aku berdiri dekat dengan rak kasut tu, banyak ah kasut-kasut, stoking-stoking. hm, macam ada bau. aku jauh sikit dari rak tu. pastu budak AU Four siap pakai kasut dulu. berdiri, berdiri dekat dengan rak kasut tu jugak ah. datang kat aku, "Wan, bau rak tu nakal kan?". aku gelak sikit-sikit. haha. pastu budak 10 pun dah habis pakai kasut, pergi beli ticket ke Mid Valley. time naik KTM tu, AU Four ternampak sorang budak pakai kasut. dia panggil aku suruh tengok kasut tu pulak. aku dan AU Four gelak. sebab kasut budak tu bertali. and, tali dia tu glitter, kilat-kilat. aku pun macam, "oh no! my eyees!". konon kuat sangat sinaran kilat dia tu. pastu kitorang gelak cover-cover, sebab dia kat depan kitorang je. haha. sampai dah Mid Valley. masuk-masuk, budak AU Four diaaaam je. aa, ye lah. dia first time masuk Mid Valley. sorry, agak kampung dengarnya. pastu aku tegur sikit. "ha ha, apa? isy". pastu kitorang terus pergi ke de Gardenia. time otw tu, ada kedai apa entah. dalam kedai tu ada kasut. pastu AU Four nampak macam kasut officeman yang boleh dipakai. dia panggil aku, suruh tengok. dia tunjuk-tunjuk dari luar kedai, "tu Wan, tu!". aku pun, "mana? mana? tak nampak lah". pastu pergi depan sikit, macam selangkah ke depan, "Wan, tu lah! yang belakang tu! bengap lah kau ni, belakang tu!". aku still tak nampak, "mana? kau tunjuk lah betul-betul!". tiba-tiba worker kat situ datang, "ye dik, nak apa?". AU Four, "hi abang!". pastu terus lari. aku tergelak, ikut belakang dia.

dah sampai de Gardenia, haa ni kitorang pulak first time, aku dan AU Four. tempat ni .. hm best best. budak 10 dan orang dia nak pergi cinema. so, terus ah ke cinema. aku dan AU Four, ikut belakang budak 10 dan orang dia tu. saaaampai cinema situ. adddoi! jauh jugak. penat doh. tapi time kat excelator? apa entah eja dia. tapi tu lah dia. pandai sebut ah korang tau? ha, time kat excelator floor berapa entah, aku dengan budak AU Four main challenge sikit. time tu tempat tu agak kosong. so, aku dengan AU Four lumba siapa naik atas tu. tapi kitorang tak guna yang naik atas, tapi yang turun punya. "ok, 1 .. 2 .. 3 GO!". DONG DONG DONG! .. bunyi kitorang lari tu. adoi susah jugak. AU Four menang. nasib je takde orang. ok ah en. hm penat. pastu jalan biasa ah, sampai cinema. dah sampai tu, budak 10 dan orang dia pergi beli ticket. tapi ticket untuk diorang je. aku dan AU Four tak tengok. takde duit. so, duk je lah kat tempat tunggu kot? ha, tunggu, duduk situ. cerita diorang start pukul 2.40. time tu pukul 2. so, kitorang borak-borak sikit ah kat ruang menunggu tu. time tunggu tu jugak, call budak AU Three. suruh dia datang. sampai 2.40, diorang pergi tengok cerita diorang. aku dan AU Four lapar. pergi cari food court kat situ. cari punya cari punya cari, tak jumpa. dah, taknak buang masa. terus gegas ke food court Mid Valley pulak. aisy, duit takde sangat time ni.

kat food court tu, kitorang order nasi goreng and telur satu. isy, kena bayar rm8.50. AU Four marah-marah, "weh, habis ah duit. nak balik apa kang". aku diaam je. bising betul orang ni. time makan, kitorang tak beli air lagi. makan-makan, macam tersekat kat tengah trachea. AU Four bersuara lagi, "isy Wan, air doh air. stuck dah ni". aku pun rasa jugak. tapi tunggu je, makan sampai habis. dah habis tu, kitorang pergi beli air. Milo ice. adddoi! kena rm3.15. kalau tau berapa harga dia, baik pergi McD je. lagi puas. tapi dah terlepas, biar je lah. then pergi Studio R pulak. tengok kasut, tengok baju, tengok racket, tengok semua, dah penat sikit. duk kat kerusi yang ada kat situ. hmph agak lama ah kat dalam tu. sejuk, sejuk jugak. lama-lama tu, kitorang dah boring, balik ke cinema de Gardenia. time otw ke cinema tu, kitorang singgah jap kat Guide apa tah. benda yang tunjuk kita tempat-tempat, kedai-kedai dalam tempat tu. benda tu touch panel. first, kitorang try cari Giordano. cari cari, tak jumpa. pastu AU Four tekan Search, pastu tulis "Ulwan dan H**w** Power". tekan Search, "Not Found". pastu AU Four tak puas hati, dia tekan banyak kali, ketuk-ketuk. haha macam bodoh. pastu teruskan perjalanan. dah sampai tu, kitorang pergi toilet situ. kitorang ambik gambar sikit. time best-best ambik gambar tu, AU Four blaaassst! dia kentut. mula-mula ok, takde bau. dah 4-5 saat tu, "isy, bau taik lah W**!", aku cakap. AU Four gelak-gelak. "isy taik taik!". busuk gilaa! kalau nak berak, cakap ah. tapi tak pun. keluar, duk ruang tunggu tu. pastu AU Three call, suruh jemput dia kat floor G de Gardenia tu. dia pun tak tau jalan kat situ, first time kat de Gardenia. aku pergi lah, tanpa budak AU Four. dia duk rehat kat cinema tu. aku lari sikit-sikit. sampai kat tempat dia tunggu, mengah sini mengah sana. penat. jauh sangat. pastu patah balik ke cinema.

time ni pukul 4 dah. kitorang tiga pun borak-borak ah. sampai pukul 4.40, diorang dah keluar. ok, jalan ah. pastu budak 10 dan orang dia lapar. so, kitorang pergi food court de Gardenia tu. eh, tau pulak! dah masuk food court, "usy, kantin ke apa ni? asap sini sana!". food court macam apa je. peduli ah, nak makan je pun. pastu budak 10 fikir yang mewah-mewah kot, pergi "Theee Chicken Rice Shooop, bukan sekadar nasi ayam, roti canai pun ada kot". time dia dan orang dia makan, kitorang tiga jalan kejap. jalan-jalan sampai pukul 5.45, budak AU Four mintak balik. so, kitorang pergi ah Chicken Rice Shop tu. jumpa budak 10 jap. tengok-tengok, dia tengah makan lagi. hm tunggu ah sampai dia habis. pastu cakap-cakap, kitorang tiga je balik. budak 10 dan orang dia tu tak balik lagi. time balik tu, kitorang jalan cepat-cepat je. skip, skip, sampai LRT station Setiawangsa, AU Three balik. "byeee!". pastu LRT station WM pulak, aku dan AU Four tunggu bas. pastu naik bas. sampai dekat dengan rumah aku, aku tekan bell tu, dah bunyi. pastu tak berhenti jugak. aku pandang AU Four kat belakang aku, gelak. haha pastu tekan lagi bell tu. ha, baru berhenti. nasib baik. pastu balik, solat, mandi ... blablabla.

dalam pukul 8.35 jugak kot. sebelum makan, ayah turun dari tingkat atas. pastu kakak aku yang kecik tanya ayah, "ayah, ummi masak ayam. ayah nak ayam kosong ke ayam kicap?". time tu ayah tengah nak call orang, dia sempat, cepat-cepat dia jawab soalan kakak tu, "ayah nak ayam penuh", "helo?", orang yang dia call tu dah angkat. haha aku dengan orang yang dengar tu semua gelak. tepape je. makan-makan, tengok tv, blablabla. habisss. Assalamu'alaikum ..

- 'Ulwan

Wednesday, November 19, 2008

Perangai

18/11 - pagi-pagi, rumah dah bising. plan nak pergi main badminton petang. tepape je. petang lah, lama lagi. bangun, basuh muka, gosok gigi. tengah hari pulak, mandi. dah wangi gila. lepas zohor tu, budak AU Four datang rumah, bawak controller PS2. kononnya nak main kat rumah budak 10. tapi budak AU Three ambik PS2. so, controller tu letak kat rumah dia dulu lah.

kat rumah budak 10, makan corn flakes. tau lah breakfast punya food. tapi peduli apa, makan je lah. time ni budak 10 ajar cara pelik. dia cakap, "corn flakes tu kan tawar". so, cara dia makan, letak gula 2-3 sudu, letak corn flakes tu then susu. aku pun ikut lah. hm sedap jugak. pastu last-last tu, time tinggal susu je. huh agak gila ah. nak habiskan susu tu kan. isy, pekat gila! tekak aku macam tak terima je susu tu. macam tersekat kat tekak. tapi takpe, paksa je. tapi bukan lah paksa yang jolok mulut tu. lepas makan, duk depan pulak. tengah duduk-duduk, tiba-tiba, "Assalamu'alaikum, T***!". suara macam budak AU Three. bukak pintu je, ala budak Ampang ah. takpe ah. pastu borak sikit. dah lama-lama tu, aku terlentok pulak kat atas sofa. tapi yang bodohnya, aku boleh pulak dapat mimpi. mimpi yang bodoh gila ah. ada pulak, aku jadi James Bond dalam mimpi tu. beraksi, bercumbu, berbangga ... ala kerja Bond tu lah. isy, geli gila. bangun-bangun, mata macam penat je. dalam pukul 4.30, adik aku call. sebab nak pergi main badminton. addddoi! semangat lah kenit ni. dia suruh balik, siap-siap. hm ye lah. aku terpaksa tinggalkan kawan aku bertiga kat rumah budak 10 tu. "bye W**, T***, N**i*". balik rumah.

balik rumah, solat. pastu tunggu kakak jahat pulak. dia baru balik time kitorang dah siap tunggu nak pergi je. tunggu dia solat pulak. hm tunggu je lah. pastu pergi ah. dah sampai club tu, adik nak mandi. pergi ah teman dia. time ni ayah ada sekali. so, aku dengan ayah ah teman budak kenit tu. pastu kakak aku pulak datang, dah puas main badminton. datang, ganti tempat ayah pulak teman adik. sebelum ayah pergi court badminton, aku tanya ayah, "kat mana changing room?". pastu dia bawak aku kat locker dulu. pastu jumpa orang, orang tu bangla. ayah aku tanya dia, "mana changing room?". dia cakap, "*tuuuuuuuuut*!". dia cakap bahasa dia. memang FAHAM gila ah. ayah aku pun macam, "ha? ha? ha? er, english please?". baru dia nak cakap, "upstairs". "haa, kan senang. bangang lah mat gelap ni", kata ayah. usy, nasib je orang tu bangla. kalau tak, masak ayah. kuali, mangkuk, pinggan, semua datang kat ayah. pastu, aku gelak kecik-kecik. naik atas, tengok changing room tu, dah. turun balik. ayah nak pergi badminton. tapi dia patah balik. aku tanya, "apasal?". "kejap, nak berak. nak keras dah ni", jawab ayah. hm, go go!

pastu aku pulak pergi terjun pool. sampai pukul 6 lebih, aku naik. tukar baju. pastu nak balik tu, nak naik kereta. kebetulan pulak kereta sebelah kereta ayah tu kereta Fairlady Z. ayah dah masuk kereta, dah start engine. pastu ummi bersuara, "eh, abang. abang salah kereta lah. kereta kita yang ni, (jari tunjuk ke Fairlady tu)". anak-anak diorang yang ikut gelak kecik-kecik. pastu otw balik, kitorang bincang pasal nak pergi oversea. nak buat vacation. first, cakap pasal Bandung. then, kakak syorkan pergi Goldcoast. aku pun, "Jom!". kakak aku yang kecik tu sibuk, "nak ikut!". kakak marah, "weh, Goldcoast tu untuk tiga orang anak ummi yang belum pergi oversea tahun ni lagi lah". ayah pulak, "ipah, tak payah pergi. nanti kita pergi Jerman pulak". time ni ayah cakap pekat, Jawa. yang part "...Jerman.." tu. gila kelakar. geli je dengar. kitorang gelak macam kena geletek non-stop dua tahun. tak tahan, haha. pastu kat highway pulak, nampak polis, bawak motosikal. polis tu jugak tengah on the phone. ummi nak comment, "tengok tu, kurang hajar punya polis. dia larang kita jangan call-call time driving, dia jugak yang tunjuk contoh tak baik. bangang je kan?". hm gelak lagi lah.

pastu dah sampai rumah, solat maghrib. pastu mandi lagi. aa, pastu pastu, online pulak. huh sampai malam, dah boring dah. dah lah tu. sampai sini je peristiwa 18/11. Assalamu'alaikum ..

- 'Ulwan

Tuesday, November 18, 2008

Which one?

17/11 - aaa, hi. macam biasa, bangun pukul 10, basuh muka dan gosok gigi. blablabla. semalam 16/11 tu kitorang dah plan nak pergi rumah budak 10. so, tengah hari tu, budak 10 suruh call budak AU Four, suruh datang rumah. ok, call ah. time tu tengah hujan. then, perbualan terjadi macam ni ah lebih kurang ;

'Ulwan: W**, cepat ah datang

AU Four: hujan doh. nanti ah tunggu reda sikit

'Ulwan: bawak ah payung

AU Four: aduh, takde payung
'Ulwan: ala, macam mana ah? kau boleh datang bila?

AU Four: sekarang ah, tapi hujan

'Ulwan: ala, datang je ah. bawak payung au?

AU Four: ha ok, bye


agak tenuk jugak lah budak ni. hm, time ni budak Batu Caves ada jugak. so, aku, budak 10 dan budak BC ni pergi makan dekat Restoran Tanjung Seri kot nama dia, entah. ye kot. time jalan tu, aku dengan BC cakap-cakap pasal AU Four ni. tiba-tiba nak dekat masuk restoran tu, datang dah dia depan mata kitorang. dia datang ..... dengan payung. isy, kurang hajarrrrrr! pastu masuk itu rest, order nasi set je. atau dikenali sebagai nasi cowboy atau nasi bujang. order 4 nasi set, ais kosong 3 dan sirap ais 1. pastu tunggu nak datang nasi kitorang bukan main lama. padahal benda tu simple je. takpe lah. hal bisnes kot. dah habis makan, balik ke rumah budak 10. pastu BC kata nak pergi beli baju pulak. so, plan kitorang ke KLCC. pastu pulak aku dengan budak AU Four takde duit. tapi AU Four ditanggung BC ni, transport tu semua lah. aku .... aa kena cari duit jugak lah. pastu aku dapat lah seringgit. tu pun korek syiling atas meja bilik lelaki rumah nombor 6 jalan au5c/2 ... ok cukup. pastu nak pergi tunggu bas tu, hujan pulak. aku dengan AU Four pakai topi time ni. takpe jugak. tak basah sangat rambut.

kat tempat nak tunggu bas tu pulak, bas lambat sangat. pastu BC ni pulak macam TERlepas cakap ke apa, "isy, aku panas kang aku tahan jugak taxi". kebetulan lah jugak time tu taxi banyak lalu kat situ, banyak sangat ah. sorry tak kira. kalau kira pun, bukan dapat point pun kan? aku pun menyampuk ah, "ha 'T**, cepat ah panas. taxi banyak lagipun". hehe, dia turunkan muka dia ah. tak lama lepas tu, datang dah bas. ye lah, kitorang jerit sikit macam "YEAAAH!". tu je, dah. dalam bas, kitorang ambik gambar comel-comel. senyum sini senyum sana. dah sampai station WM lrt, turun bas naik ulat. i mean, train. pastu kat stesen Jelatek kot, tiba-tiba ada suprise sikit. aku rasa budak form 5 lah sebab dia pakai uniform sekolah. budak SPM. husy, memang best dia ni. muka Papa orang yang dah ada macam 2-3 orang anak jugak ah. muka pun boyan, rambut pun boyan, pakaian pun boyan. eh, dia boyan lah! ok dah. pastu aku pandang budak AU Four. dia gelak-gelak diam. pasal boyan tu ah. memang geli je tengok dia. pastu boyan tu turun kat stesen mana tah, terus je, "isy, psycho tu psycho!". nasib je dia tak pandang. tunggu lama sikit, sampai dah. turun kat KLCC lah.

sampai je, kitorang pergi kedai budak 10, kedai dia minat. then, pergi C floor balik, pergi kedai-kedai nak shopping baju BC tu. dia cakap nak baju poloshirt. baju collar lah tu. budak 10 bagitau aku baju collar tu poloshirt. hm, bantai je ah. pastu dari floor bawah tu, dapat satu baju. choice lah bukan beli lagi. kat tingkat atas pulak, tingkat atas tu takat iSetan je, Padini Authentics. kat sini kitorang senyum-senyum lagi. then, dapat satu baju kat sini. tapi untuk choice lagi. belum beli lagi. then, pergi bawah balik, kedai bawah tu, pastu bincang kejap. "nak ambik sini punya ke kat atas?", "tapi atas jauh doh. penat nak naik. sini je takkan tak boleh?". pastu BC tu pulak cakap, "sini je lah". kebetulan je selera dia baju dari kedai tu. baju color maroon. ha beli ah. ok, pergi makan pulak. naik food court ataaaas sekali, makan nasi goreng je. duit pun tak benarkan kitorang nak beli mahal-mahal. lagi pun, duit makan tu pun bergantung pada budak BC ni je. terima kasih lah. pastu tak minum air pulak tu. perut aku keriinnnggg je. takpe ah. kalau ada duit takpe jugak. air dua tong pun boleh sampai.

then, ingat dah settle pasal baju tu. alahai, BC nak tukar baju tu pulak dengan baju lain, baju color putih. tapi kedai sama jugak lah. hm, pergi teman dia. teman pun macam tak teman. kitorang tak tau boleh ke tak tukar baju yang dah beli dengan baju yang belum beli. so, try ah tanya. er, aku yang tanya. tanya-tanya, orang tu tanya pulak, "baju tu bila beli? kalau dah 7 hari dah tak boleh tukar". aku rasa macam tepape lah orang ni. rasanya dia dah nampak kitorang bayar baju tu. aku pun cakap ah, "aa, tak. baru beli kejap tadi". dia gelak. ala, tepape gila orang ni. ketuk kang! pastu try ah baju putih tu. BC ambik S dengan XS. dia try dua-dua tu, pastu tunjuk kat kitorang. dah pakai S, pakai XS pulak. tunjuk kat kitorang balik, "eh, ada beza ke?". entah hapape jugak ah. memang takde beza sangat size dia tu. SIKIT GILA je beza dia. tu pun susah nak nampak. last-last ambik ah S. hm, ingat nak pergi Park lepas habis pasal baju tu. tapi AU Four nak kena balik pulak. dia cakap sampai pukul 6 je. time tu dah pukul 5 dah. herh, takpe lah. abaikan hajat ke Park tu je lah. so, balik. kat dalam train pulak, AU Four buat hal. i mean, buat lawak. lawak yang lawak lawak ah. ok, cukup.

dah naik bas, sampai rumah pukul 6 lebih. huh, nasib baik sempat buat asar. tengok tu! asal asaaaar je, lambat. takpe, aku buat jugak. hm, malam tu, budak 10 datang, "Assalamu'alaikum, 'Ulwaaaan!". "wa'alaikummussalam warahmatullahi ta'ala wabarakatu". pastu kitorang borak, bicara, bisnes dan sebagainya lah. huh, pastu boring dah.

sample:


- 'Ulwan

Monday, November 17, 2008

Dry and wet

born bomb bamb bang dang damn ma'am madam pemadam!

16/11 - berlaku di kawasan rumah je. ok, skip sampai lepas zohor. lepas zohor tu, kawan datang, budak AU Four. "Assalamu'alaikum, 'Ulwaaaaan!". "ye ye, wa'alaikummussalam. aku datang!". pastu borak sikit, pergi rumah budak 10. "Assalamu'alaikum, T**i!". dia keluar. ala, sibuk pasal fantasypremierleague lah diorang dua. aku tak main fantasy tu. so, aku tak terkata lah. tak lama lepas tu, hujan turun. makin lama makin lebat. huu, aku pun agak teringin nak mandi hujan time tu. dah lama tak mandi hujan kan, kumpunan jugak ah. dengan beraninya, bukak baju, lipat seluar sampai bawah lutut. huh, sejuk gila angin dia. baru angin. pastu pergi kat hujan pulak, nak berjemur bawah hujan. sentuh air setitik pun, "*tuut*! sejuk gilaa!". pastu main-main lagi hujan. tapi tak basah sangat pun. best ah hujan dia. sejuk gila. kalau tak, pagi petang malam panaaas je. rezeki ni, rezeki. jangan buat tak peduli. hm pastu mandi sikit-sikit lagi. sampai bapak budak 10 ni balik, aku dengan semi bogel menggelabah berterabur cari baju. time ni budak 10 kat dalam rumah. tak tau apa jadi. tapi budak AU Four ada time tu, gelak-gelak. aku pun dah macam runtuh hati dah. takut-takut bapak dia nampak, haa kuali datang kat aku lah kang. tapi tak sempat pakai baju time tu, aku cover ah. "usy, panas doh (kibas-kibas baju)". bapak dia pun jeling aku. tak tau ah sebab apa. tapi aku tau lah time tu sejuk. aih

pastu kitorang redah hujan pergi rumah aku, 'Ulwan. "Assalamu'alaikum, 'Ulwan!", sorry. kali ni takde. aku bersama diorang. masuk rumah, lepak depan. borak borak. macam biasa lah, kalau borak mesti ada gelak jugak. so, happy SIKIT lah. petang tu dalam pukul 4, masing-masing balik rumah sendiri. then, tengok tv, signal macam bongok tongok songok pongok je. so, tak tengok ah. pergi naik atas, masuk bilik. baring, tutup mata. konon nak tido. baring tutup mata tu bukan main lama lagi. fikir ni fikir tu, tengok jam, dah sejam pulak. pastu barulah berazam nak tido betul-betul. haa, dapat ah tido. sampai pukul 6 lebih. nasib baik sempat buat asar. isy, asal asar je, lambat buat. tak senonoh. takpe, aku percaya Allah Maha Pengampun. pastu rehat jap sampai azan maghrib. ayah balik dari office dia, jerit-jerit, "siapa nak kalah badminton dengan ayah, cepat siap!". habis, satu rumah bergegar pasal hentak-hentak kaki penghuni-penghuni rumah tu. DOM DAM DIM!, tapi aku relaaaaaxx je. malas nak ikut. macam agak penat jugak ah. solat maghrib, mandi, makan .....

hm ok, boring gila. nak tunggu hari keluar pun .. hm malas fikir.

- 'Ulwan

Saturday, November 15, 2008

Hi Figo

15/11 - pagi-pagi buta, pukul 4, ummi dan kakak jahat pergi Melaka. ada kenduri ... entah siapa. aku pun tak kenal. ok, selalunya jumaat malam sabtu aku dengan jantan-jantan aku main mini tournament yang sentiasa ada hari jumaat malam sabtu tu. tapi jumaat 14/11 kitorang tak main pasal sabtu 15/11 ada tournament, Figo's. so, duit-duit tu untuk tournament ni lah. ok, heres the story. malam tu aku tido pukul 1 lebih kan. sebelum tido, aku set alarm. pastu aku letak atas meja. pagi tu, aku terjaga bila kawan aku datang, pukul 7 kot. bangun-bangun aku terus jenguk phone aku kat atas meja, takde. "eh bodoh! siapa ambik aku punya phone!?". kurang hajar kan salahkan orang lain? padahal sendiri bodoh tau. tengok-tengok, ada kat bawah meja. battery pun berterabur. adoi, tak boleh salahkan sesiapa dah. memang kerja phone tu sendiri. vibrate over sangat kot. pastu jatuh, bersepah anak buah phone tu. padan mukaaaa! haha phone aku ler, hmph. pastu basuh muka je, tak mandi tak apa, pergi siap, mintak duit kat ayah rm10. dah cukup, abang hantar ke Ampang.

sampai Ampang, kitorang ke kedai mamak tu. apa tah nama kedai dulu, breakfast. makan roti canai dengan ais kosong. jimat-cermat, membawa berkat. lalala makan sampai habis. dah habis, tak kenyang tapi tak tambah pun. pastu balik ke sportscentre tu. ha, dah ramai sikit dah player. alamak, kitorang tak bawak bola. so, mission perlu dijalankan. budak AU Three cari budak nak pinjam bola. boring sebab nak tunggu game kitorang lama lagi. dalam pukul 10 lebih kot start. mencari, mencari, mencari dan mencari. last-last minute tu, alhamdulillah. dapat mangsa. warm-up ah sikit-sikit. tapi berpeluh. er, sorry readers. aku tak main tau. aku tengok je diorang main. ala, panjang sangat ah kalau nak cerita full. so, fast forward ah. sebelum masuk kalah mati, kena main 3 game. so, team kitorang, 2 draws, 1 kalah. aisy, macam hina je? biar ah. jujur membawa kebaikan. pastu dah kalah, 2 orang dari team kitorang masuk team member lagi satu tu. mula-mula sorang masuk, budak AU Three masuk. ok ah, dia main kejap. pastu lagi sorang masuk, budak AU Four. time dia masuk, tengah outside. pastu dah kick in, AU Four dapat. dapat-dapat je, "PIIIIIIITTTT! PIT PIT! PIIIII ... TTT!". haha dah habis masa. keluar keluar! orang gelak-gelak dah. pastu budak 10 call mak dia suruh jemput, nak balik. huh, time ni masing-masing perut sifaaaarrr sahaja. tunggu lama sikit, mak dia sampai. so, balik ah.

dah sampai rumah, termengah-mengah. agak penat walaupun tak main. masuk rumah, pergi dapur, makan spaghetti. phuhhh! hot hot tu layan ah. hot memang selera aku pun. lepas tu, rehat kejap, solat asar. then online. alamak, boring ah jugak online petang tu, huh. sampai maghrib, dah cukup. offline. pergi solat maghrib kat rumah je. sorry hari ni takde kat masjid. pastu ajar adik mengaji kejap. pastu online balik. alahai, takde kerja lain doh. boring gilaa. online pun boring, main game ah sikit. hmph buang habuk boring tu. pastu pulak rumah takde orang. kakak and adik je ada. kakak malas nak memasak. so, call ayah. dia pulak suruh pergi beli burger berdekatan. ha pergi ah. yes! dapat ambik angin sikit. eh, tak sikit kot. ada ah banyak sikit. sebab time pergi kedai burger tu aku just pakai spender color biru pekat, kain pelekat petak petak yang singkat takat tengah betis je, dengan baju hijau putih. so, angin masuk dalam kain tu lah. pastu bulu roma setengah tegak. boleh tahan ah sejuk dia. pastu main angkat-angkat kain tu, konon SEXY MAMA! ok, keluar dengan RM10 kat tangan.

hm, aku kalau pergi kedai burger ni macam biasa ah, "UJUUUUUUUUUUNNN!". kedai ni member abang aku punya. abang aku tu nickname dia Ujun. hm, habis member dia tu bantai aku Ujun sekali. member dia ni Bob. memang Bob pun. tengok badan dah tak tahan jugak ah. dah order, "Ujun, Ujun ori ada rumah?". aisehh, mana pulak lah datang ori tak ori ni kan? ada-ada aje. dah siap, balik. masuk rumah terus kejar sink, basuh tangan. pergi depan tv, makaaaan! nggggap! satu gigit je tu. ada dalam 10 gigit jugak kot nak habiskan burger tu. sambil tu pun, tengok cerita Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer. ala, korang dah tengok dah. huh, pelakon semua HOT je. actually, yang beradik Storm je hot. ok, habis makan ngadap computer balik, online. pastu chat dengan orang. haa, ada ah sikit best. hm, sampai pukul 12 suku, ummi dan kakak jahat dah balik. adoi, kakak sorang ni, psycho habis! balik-balik, menjerit. "TUTUP KOMPUTER! DAH PUKUL 12 DAH!", "NI APA BERSEPAH NI? TADI KAKAK DAH KEMAS DAH!". dia kemas PAGI BUTA je, *****. isy sakit hati je. tu semuanya aku yang kena. kakak aku yang baik sikit time tu ada kat atas, menggedik tengok cerita asian. huh, tak kena marah pulak dia dengan si psycho tu. hm dah ah tu. byeeee ..

Macam ada bau je?

14/11 - bangun pukul 10.30 pulak. bangun, basuh muka dan gosok gigi. aa, pastu online ah apa lagi. tapi macam bodoh jugak ah. tak lama lepas tu, connection macam #@%&, tut tut lah. lama jugak ah. stress kejap, pergi mandi. sebab nak pergi solat jumaat. nak beribadah ramairamairamai ni. pastu dua orang kawan datang, sebab kitorang macam biasa lah pergi masjid sama-sama, solat sama-sama. ala, amalam muslimin dan muslimat lah tu. sebelum pergi masjid tu, call kawan yang AU Three tu. orang ni ajak pergi BBQ malam tu kat Seksyen Six, rumah kawan dia. hm pergi je lah dari duk rumah menganggur tengok muka ummi yang melihat orang menyampah. then, kat masjid, kitorang tiga ada ah ngumpat orang sini orang sana. peduli ah, habit kitorang. padan muka orang sini orang sana tu.

habis solat, pergi rumah budak 10. aa, ummi budak 10 ni kata malas nak masak. adoi, perut masing-masing dah berkaraoke. huh takpe, tahan kejap. sampai ummi dia keluar pergi medical check-up kot, ha. budak batu caves datang. pastu kitorang pergi dapur, masak ayam. uh, masak, time makan meeeemang gila. liat gila! adoi. budak 10 ni punya selera ah liat-liat. isy, gigi macam dah ber-5000 carat. lepas makan, pergi depan main game. usy, time main game ni lagi sekali merana. adik budak 10 pulak berak. berak kat tingkat atas rumah ah. taik bersepah kot, agaknya lah. tapi bau dia, perrrghhh! kitorang kat bawah dah mencarut-carut dah. "kau ni T**i, tadi kau dah dera kitorang makan ayam liat. sekarang bau pulak". sampai budak AU Four nyanyi sikit, "Harum semerbak .. taiiiikk ..". lagi kejam. budak 10 pun pergi settle kan ah problem udara ni. pastu balik, betulkan connection tu dengan membuat panggilan. ala, call orang TMNET tu ah. aisehh, memang gila lah orang ni. orangnya laki, Abdurrasyid. tapi suaraaa, huh! macam adik perempuan. gaya cakap pulak memang perempuan. usy, nasib baik je tak tergoda. hm dah 'dating' lama sikit tu, elok dah. boleh guna dah internet. pastu cerita kat ummi pasal orang TMNET ni, gelak macam orang baru dapat gaji pertama kerja. konon happy sangat. pastu cakap, "padan muka! padan muka!". ..... sabar je lah :|

petang sikit, budak AU Three datang. maghrib, solat masjid. pastu siap-siap nak pergi Seksyen Six tu, yang ada BBQ. sebelum pergi, tunggu budak AU Four. dah sampai, kitorang bertolak. sampai sampai Seksyen Six, hujan pulak. tunggu ah sampai habis hujan, baru bakar. hm dapat rasa ayam diorang. macam tak reti masak ada jugak kot. makan je lah walaupun tak berapa sedap. bukan ayam je. hotdog, mini hotdog, kerang. yes, sampai kerang ni memang gila kot. kan ada en yang kerang busuk? ha, memang kena piat telinga anak dara Mak Cik Dah ah bau kerang busuk tu. mencarut-carut orang. bau dia macam menusuk hidung, ke paru-paru, pastu dalam paru-paru tu macam ada construction. membina itu ini, mengetuk paku sini sana, api sini sana. isy, macam perit je. yang busuk ke tepi, yang takde bau sangat, masuk mulut. sedap ah jugak. blablabla sampai pukul 12. call abang suruh datang jemput kat Hero Supermarket kot. apape lah. pastu tido dalam pukul 1 lebih. haih penat sangat ah tu. sweet dream adik! :)

Friday, November 14, 2008

Tagging je

1. Where do you hang your towel to dry after showering?

atas katil bilik lelaki rumah nombor 6 au5c

2. What kind of mouse pad do you have?

optical

3. Do you brush your hair with a comb or a brush?

combo comb

4. In your opinion, who do you think is the hottest celebrity?

Emma Watson and i married her, and 3 sons 7 daughters now :)

5. You have a project due tomorrow, do you use tape or glue?

er, video tape?

6. Chicken or pork?

nak try pork? haha

7. By the time you get to school, is it still dark?

em, not really. cerah sikit ye lah

8. If you had a choice to be a unicorn or mermaid which would it be?

mermaid, nak try jadi betina lah!

9. What color is your underwear?

aaaa, white with blue stripes. cute punya :D

10. What time does the sun usually set?

maghrib

11. What/who do you think of last before you go to sleep?

those smiles x)

12. AC or fan?

AC Mizal kot dia tanya?

13. Do you wear braces?

used to. dah kasi Nik dah. she looks good :)

14. Can you do a hand stand?

boleh lah kalau kau dah tanya

15. If you were the opposite sex, how would you style your hair?

i love sex! haha entah

16. What level English are you in?

English? apa tu?

17. Jessica Simpson or Alba?

Alba short form bagi Ali Baba kan?

18. Which subject is worse, English or Math?

em, or!

19. What's one thing you really want to do this very moment?

dreaming, whooo~

20. What movie are you embarrassed to admit you've watched

Senario The Movie Episode 1 kot, banyak boyan

21. CD player or iPOD?

nak CD je

22. Would you rather spin upside down going 30 miles or drop 400 ft. into water?

400 ft lah kalau takde yu

23. Whats your favorite shape?

cylinder! it reminds me of 'that'? haha

24. What do you have planned for the weekend?

never do

25. Have you ever gone ice skating?

once and selalu jatuh macam nak pecahkan ais tu

26. If you were put in a room with nothing except for a pencil and paper, what would you do?

draw dusts

27. Is it always easy finding your remote every time you want to watch TV?

kena menjerit dulu, baru dapat

28. How was your day?

jangan sibuk hal orang :O

29. Do you grow your nails, bite or cut them?

grow at times, bite .. "Hi Taqi! :D", cut memang kena!

30. Describe your handwriting:

buat orang menjerit kemudian mati dengan segera

_________________________________________________________

i tagged two: NIK DEANNA , A TAQIYUDDIN

Bangun lambat, tidur lambat

13/11 - credit bukan main banyak. tiap kali nak transfer, "...perkhidmatan tergendala..". isy apahal hotlink ni? garu kepala, letak phone ke tepi. hmph annoyed kejap. macam biasa, cuti asyik bangun lambat. tapi kali ni pukul 10. ok sikit kot. macam biasa jugak ah, bangun-bangun, "Hi Computer! i love you". huh tapi tak pernah pulak cakap macam tu. kat orang lain, pernah. banyak kali. online pun sampai pukul berapa lah. lupa dah. lepas solat zohor, kakak, kakak dan ummi ajak main bowling. hm pergi je lah.

main kat Ampang Point je. tak jauh sangat. sebab nak buang habuk stress je. time nak park, cari pusing-pusing jugak. then, dapatlah jugak. tapi tak direstui sangat kot. dapat tempat yang memang seeemmmmmmpit sangat. tapi takpe lah. nasib baik KANCIL. er, Kancil Perodua lah. and tempat park tu pun betul-betuuuul depan pintu utama Ampang Point tu. ala, peduli ah! hal family, jangan ganggu. keluar-keluar, ummi pegang stoking sepasang kat tangan. phuhh! rasanya semua orang kat situ boleh nampak bulat-bulat stoking tu. takpe, show off sikit. masuk, gegas ke elevator, tekan butang R. masuk ah panggung bowling. huh, kitorang membaling, membaling, membaling dan membaling bola besi sampai habis game tu. last-last, aku menang dengan mata 100! yes! ala, tak bangga lah. 100 je pun. lepas tu, Ampang Point tu ada sale-sale pulak. adoi, kerja perempuan pun berjalan lah. orang cakap, shoppoholic? apa tah. lebih kurang ah. huh sebagai teman je lah aku ikut perempuan-perempuan ni. balik tu, lepak rumah makcik kat AU Two. usy, makcik aku bela rabbit ah. dua ekor. satu hitam, satu pink. hitam tu nama dia Bubu. pink tu nama dia... haha aku lupa. sorry. tapi size dua ekor ni memang gemuk ah. gemuk macam, orang tu. fikir ah sendiri siapa orang tu.

sebelum balik rumah, ambik adik kat Sekolah Integrasi Taman Keramat. peduli ah nama sekolah. pastu balik tu, kilat pulak. ala bodoh ah. bukan main berangan lagi time dalam kereta otw balik nak online. tapi takpe ah. boleh tido. whoo! tapi time dalam kereta tu, aku sempat tanya ummi yang aku nak pergi trip next week dengan kawan. ala, ayat dia mengarut. pastu suruh tanya ayah pulak. hm tunggu je lah. balik, terus tido. sampai pukul 6.53. haha nasib baik sempat buat asar. malam tu, ala biasa lah. online kejap, usik orang, call orang. benda boring je lah. pastu naik atas, masuk bilik parents, ayah tengah buat kerja. tanya dia ah pulak pasal trip tu. dia cakap sikit je, pastu tiba-tiba aje ummi masuk. adoi, tergadah dah aku. dia macam tak kasi pulak. haisyy, pukul 11 kot, ada cerita We Are Marshall. dah tengok dah, tapi tengok lagi ah. tiap kali scene perempuan tu, aku senyum. sebab dia comel kot. haha menggedik lah tu? sampai pukul 1 kot. entah, lupa dah. pastu tak dapat tido, online kejap. ah, boring gila! pastu aku post ni.

.. pergi menyelam sebelum ke kedai,
selamat malam dan goodbye! ..

Thursday, November 13, 2008

Happened

12/11 - aku tido lambat, bangun pun lambat. dalam pukul 12-1 jugak ah aku bangun. bangun-bangun, tengok phone macam biasa. ada miss call, from Bapak Taqiyuddin. tapi bukan bapak dia yang miss call. anak dia ah. aku bangun, ngadap komputer jap. pastu call anak orang ni, tanya di mana. katanya pulak, kat sogo. berdisco konon, tapi karaoke je lah. huh, agak menyesal bangun lambat tak dapat ikut. dah ah boring duk syurga bumi ni.

maghrib tu, diorang balik. goncang rumah aku, suka hati je. tapi tak ramai sangat kot. tiga orang dari yang pergi sogo bernyanyi pecah dinding istana kayangan atas bumi sebelah tenggara tu. tapi takpe ah, ajak buat baik. ajak pergi masjid, solat maghrib. of course ah aku sudi ikut en. pergi masjid tu jarang gila ah. walaupun dekat je. malas tu yang kita ikut-ikut. solat ni lah perkara yang kita paling berat nak buat. aaa, dah dah. facting over. haa, time diorang ajak tu, aku just pakai seluar 3 suku and singlet chocky. pastu nak tukar tu, aku just tukar baju je lah. pastu sorang kawan yang duk AU Three suruh tukar seluar pulak. aku pun tukar lah. turun-turun, aku pakai seluar track yang agak ketat di bahagian atas sampai ke lutut, dengan tight in atas-atas sampai bawah puting ah. diorang gelak. aku terbodoh. budak 10 pulak cakap, "dah lah tak pakai boxer". tau pulak dia aku tak pakai boxer. tapi aku tunjuk ah apa yang aku pakai. adoi, tu pun salah ke kalau aku pakai spender yang ada gambar tiga gajah comel color kuning. sekali aku tunjuk tu, dia cakap aku pakai kakak aku punya. ada pulak!? asam tenggara di bawah katil bilik mak dia betul lah ni. aku rasa kalau perempuan, diorang pakai yang cute-cute punya. yang girly lah. tapi aku pakai tu kira laki gila kot. adoi, cuma those tiny cutey elephant tu kot yang buat orang terangsang nakkan aku? haha tak pasal je.

hm pastu, lepas solat, budak 10 drive hantar dua orang lagi tu. dah lah hujan. takpe lah, demi kawan sanggup lah kan? pastu time hantar budak AU Three, dia pakai slipper adik budak 10 ni. adoi, aku TERpaksa kasi aku punya slipper hijau yang dia cakap tak sedap pakai. peduli ah. aku suka jugak slipper tu. pastu dia cakap esoknya dia datang AU Four, main futsal. ok ah, kasi je. nanti dia pulang balik. Whoo! my Greeny :( herhh, tht's cool. balik tu, sampai rumah budak 10, tiba-tiba pulak keluar lagu "I'm youuuuuuurs..". tunggu sampai habis lah. then balikkkk, boring ler :O

Thursday, November 6, 2008

First try

Today, 06/11. tapi nak cerita yang 03/11 punya. tau apa jadi? birthday boyyi 'Ulwan! happy birthday budak tenuk! lalala im not tenuk. em, ada 2 orang yang takde pemecah telur kat rumah datang rumah aku, pukul 12 lebih jugak kot. datang bertujuan, PISYY! telur 2 biji mengalir lembut kat rambut. hal budak 2 orang ni jugak ah. pastu disiram ah tepung beras kot. ala, redha je lah kan. pastu baca card budak-budak tu, terharu sikit. hah sorry buddy-buddy. tapi aku suka bila baca tulisan diorang, yang LAWA gila. sorry lagi. masuk dalam rumah, mandi. shampoo ah bagai nak rak buku. and sabun badan macam orang gila jerit-jerit. apasal aku jerit ah? jangan pikir. lepas mandi, dalam bilik, bogel pakai baju, tak bogel ah. baring atas katil, gayut phone dengan 'orang jauh'. maklumlah, free call 24hrs of 03/11 baaaabe! berharga jugak tu. sampai pukul 5 habis bercinta. lepas subuh tido. bangun nak dekat pukul 12 kot. petang tu ada kawan-kawan konon nak buat suprise. tapi, alaaaaaaaahai! kecek cakeyy dia. takpe. sedap, haha. sorry lagi lah buddy-buddy. "ALLAH SELAMATKAN KAMU, blablabla". terima kasih buddy-buddy. tu je kot 03/11 ni. tapi ada kawan sorang tu 03/11 jugak birthday dia. happy birthday dia! dengarnya, dia lagi happy dengan birthday dia. sebelum, selepas hari birthday, dah celebrate macam disco. takpe ah, tak jealous pun. asalkan ada 6-7 orang wish, terima kasih lah. Allah sayangkan makhluk Dia. aku pun sayang Dia.

Wednesday, November 5, 2008

Touched

hey, hi, yo and duhh! im new here as 'Ulwan and tak pandai english sebenarnya. so, this account just for fun lah. nak cerita tu cerita ni. baca je lah kot nanti. bak kata 'budak 10', "better buat, cerita hidup kau and people will love you". hah tepape je. tapi nak try ah jugak. so, wish me luck and support ah walaupun SIKIT. thank you.