18/12 - hari yang tak disukai ramai pada hari esok. hari yang kena paksa. so, hari ni, kena siap-siapkan barang untuk hari esok tu. er, esok ada kem KRJ buat. dari pagi sampai petang, aku just duduk macam takde pe benda pun esok kat rumah. main game, tido, makan .. macam hari biasa ah aku duk rumah ni. sampai petang dalam pukul 5 ke 6 camtu, baru lah bergegas, bersepah nak packing. pastu kena marah lah, torture dibuatnya. memang tak semangat gila doh nak ke kem tu. hisy, kacau je! dah ah kena paksa. packing pun tak ikhlas se-tak ikhlasnya. petangnya jugak aku pergi cari barang yang takde kat rumah kat kedai. cari-cari, shopp sikit, sampai pukul 8. solat maghrib pun agak-agak nak masuk isyak je. then ada benda lagi yang takde. kasut! baahhh, kena bahan lagi. "tu lah, ummi dah cakap suruh siap-siap pagi tadi petang tadi tak nak! asyik main gaaaaaaaame je! tak henti-henti! blablabla ..". telinga sentiasa on. terpaksa je dengar. kena ada kat putra sebelum pukul 10. sebab bas tolak pukul 10. lepas solat isyak, pergi habiskan barang-barang dulu, then time nak pergi putra, singgah ah kejap kedai kasut, beli satu. pastu gegas pergi rumah Mak Cik Uji, ambik anak dia yang nak tumpang jugak. adoi, agak sempit ah. sebab budak 10 pun tumpang jugak. agak-agak boleh bernafas tu dah kira ok ah.
sampai putra, mintak ummi nak topup. kang nak call, nak message, nak bercinta takde credit, susah pulak. dia belikan lah topup RM10. pastu pukul 10, bas nak jalan dah. salam ummi, mintak bless dari ummi. dah-dah tu, dalam bas. huh, sejuk gila. dah lah malam pulak tu kan. angin malam bukan bahang. dalam bas tu sempat
text message sikit. then, dalam pukul 11 lebih, tido ah. tido-tido, dalam pukul 1 lebih, terjaga. pasal air liur meleleh. aaaaaa, sorry. memang tabiat dah ni. time terjaga tu, air liur sedap tu melekat kat tangan. tangan pun rasa sejuuuuk je. terpaksa ah tahan. tapi lap jugak air liur tu kat langsir sebelah. nasib je takde bau. dalam pukul 3 tu, sampai dah. tapi belum sampai tempat yang betul-betul tuju ah. drop kat mana tah. pastu ada pakcik sorang ni ambik kitorang, hantar pergi sekolah Al-Amin Kemaman. tido situ dulu.
_____________________________________
19/12 - bangun pukul 5.30 or lebih lebih. adoi! gila babi tak cukup tido. tu sebab ramai budak-budak tak suka kem. kang ada je benda yang buat budak-budak tu tak puas hati. contoh macam tu ah, tido tak cukup tu. terseksa gila. nak rasa menyesal sebab ikut kem, memang tak boleh ah. sekali dah masuk zone kem tu, tak boleh balik ah. dah ah jauh. tinggalnya kat KL, kem tu kat Terengganu. nak balik naik apa kan? pastu solat subuh, gosok gigi, bas sekolah sampai. bas tu hantar kitorang pergi Cheneh Recreation Resort (CRR). ni lah tempat yang betul-betul kitorang kena tinggal untuk 3 hari.
dah sampai tu, register diri, dapat
tag and buku kem. dalam buku tu ada ah jadual aktiviti, ruang mengisi cerita ke apa tah. camtu-camtu ah. pastu ada dapat kawan baru yang dalam team sendiri ah. team aku budak-budak Selangor. kem ni libatkan hampir satu Malaysia ni. macam, Terengganu, Pahang, Perak, Penang, Johor, KL, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor .. tu je kot. ke ada lebih? entah lupa dah. terus sambung cerita. dah kenal-kenal tu, breakfast pulak. makan biskut je. dah tu, badan mula cergas sikit. haa dah mula ah cerita ngarut kem ni start. mulut tak reti nak diam. er, well ada ah diam jugak. tapi kejap je. sikit-sikit, cakap dengan budak-budak baru kenal tu. hm time ni budak-budak dari negeri lain dah ada jugak. tapi ada jugak ah dari negeri lain yang tak sampai lagi. and tak kenal ah diorang. dah makan tu, kitorang masuk dewan. ada taklimat sikit and time kat dewan ni jugak, first aktiviti start. aktiviti Cabaran Syahadatain. ah ye! Syahadatain tu nama kem ni lah. cabaran tu, diorang buat konon pijak paku tekan sepanjang atas kain putih yang agak panjang tu kat atas lantai. er, bukan pijak lah. lebih macam jalan atas paku-paku tekan tu. haa camtu ah.
so, first abang-abang fasi tu bentang kain putih panjang tu atas lantai. pastu tabur paku tekan atas kain tu. budak-budak semua macam, "apa masalah orang-orang ni?". dah lama sikit tu, paku tekan dah penuh atas kain putih tu. then semua macam, "oh!", gaya faham. huh, apape lah. so, kitorang kena tutup mata dengan kain dulu. pastu tutup lampu. nak jalan atas paku tekan lah ni. tapi sebelum tu, pengiring kem tu, Brother Mus (dia tak suka kitorang panggil dia Abang Mus sebab 'Abang' tu macam buat dia lembik lembut je. tapi memang dia macam sotong. ayu konon), bagi chance untuk kitorang nak tarik diri dari jalan atas paku tekan tu. pastu aku tak tau lah berapa ramai yang tarik diri tu. tapi Brother Mus cakap ramai. so, terpaksa percaya. sebab mata tak boleh guna time ni. pastu lepas sorang-sorang jalan atas paku tekan tu, dah tiba masa aku. eh jap. sebelum aku punya turn tu, aku tertido. sebab lama sangat. huh, time nak jalan tu, punya lah rasa macam cuak. hah agak bodoh. tapi time aku kena jalan tu, ... laa, kosong je. rupanya diorang tu nak test keberanian kitorang-kitorang ni. kira diorang bentang kain putih panjang yang lagi satu kat tempat lain lah. and kitorang jalan atas kain putih kosong tu. so, selamat ah kitorang. tapi yang aku tak tahannya, diorang buat macam konon-konon betul lah. sebelum aku punya turn kan agak lama tu kan. pastu pengiring, fasi-fasi tu buat suara macam, "aduhh! sakitnya". and "tolong bang! sakit gila ni". and yang satu-satunya aku rasa macam bodoh gila, "minyak gamat ada tak?". hey, bodoh gila ah tu en? minyak gamat mesti ah kena ada kalau dah berdarah, sakit-sakit kaki tu. plus, diorang cakap tu pakai mic. ya Allah! tepape gila. kira nak buat orang gelak jugak ah. lepas habis cabaran yang .. tepape gila ni, kitorang diberi peluang share apa yang kitorang rasa time cabaran tu berjalan. macam pergi depan, cakap apa yang nak cakap lah. first, laki volunteer nak cakap kat depan. kasi ah, budak 'Ganu ni. dah habis budak ni cakap, budak perempuan kat belakang pulak nak cakap. then takde orang nak bangun nak cakap-cakap kat depan dah. so, Brother Mus tu nak pick sorang. .... tiba-tiba dia pilih aku. hm! memang dah salah orang dia pilih aku suruh cakap kat depan. dia kasi mic, and aku pergi depan ah. aku cerita pasal benda tu, and kantoikan apa yang diorang buat. hah, macam padan muka pun ada ah jugak. cerita-cerita, dewan agak gegar sikit dengan gelak tawa budak-budak tu. dah habis cakap tu, aku duk balik, budak-budak semua pandang aku. em, hampir semua lah. tapi aku tak buat salah pun kan?
hari ni hari jumaat kan? tapi orang yang musafir tak kena pergi ah masjid untuk solat jumaat. yang musafir tu solat jamak kat surau chalet tingkat atas. pastu kitorang diberi makan sikit. kira lunch ah. makan mihun dengan keropok lekor 2 batang. pastu dalam pukul 2.30, masuk balik dewan. aktiviti baru dijalankan. aktiviti yang diorang kasi nama,
New Identity. benda ni kitorang kena dipecah masuk satu team lain. budak-budak laki 6 team. perempuan 6 team jugak. so, kitorang (wakil-wakil Selangor) berpecah ah. and aku dapat team dah. team aku nombor 6. dalam team ni, kitorang kenal-kenal ah. "eh, nama kau siapa? aku tak kenal ah", "kau dari mana? Johor ke Pahang", "aku dari Selangor", "umur semua sama kan?", "mak bapak handsome jelita tak?" .. and so on. hm, oh ya! kem ni khas budak-budak form 3 je kot. pastu diberi tugas kat kitorang buat bendera team sendiri. fasi kasi kain putih untuk bendera tu. pastu masing-masing bercelaru cakap nak bagi cadangan yang konon bernas gila. tapi akhirnya habis ah jugak, siap bendera kitorang. pastu kena bentang. first team laki, perempuan, laki, perempuan .. saaaampai aku punya team pulak nak bentang. aku dengan leader aku, Amir, cakap-cakap ah bagi ulasan. time bentang-bentang tu, dewan gegar lagi ah dengan budak-budak ketawa. ... nama team aku,
Al-Ikhwan (persaudaraan). pastu nak lantik Amir and Amirah. um, Amir tu sebagai ketua untuk budak-budak laki. Amirah, budak-budak perempuan punya ketua. first-first sekali, dah orang sebut nama aku, " 'Ulwan!". hoi, jangan ah macam tu. tak senonoh je. then, orang lain pilih Amir yang leader aku tu. and lagi sorang .. Megat kot. Megat ni dari Perak. then, undi-undi, Amir jadi ketua. phewhh! nasib baik lah. pastu Amirah pulak entah siapa nama dia.
kira-kira pukul 5, semua kitorang-kitorang pergi pasang khemah pulak. oh ya! CRR ni tempat PLKN. tapi kitorang ambik alih kejap. wakil Selangor ada 6 orang laki. and kitorang dapat 2 khemah. so, 3 orang satu khemah ah. dibahagi. then kitorang pasang khemah sebelah-sebelah je lah. aku punya bahagian, 3 orang dapat khemah yang stick tu takde tali langsung. i mean, tali getah yang sambung-sambung stick tu. satu pun tak tersambung. semua stick pecah-pecah. sampai khemah yang 3 orang lain tu, stick diorang ok je. huh, kurang hajarrr gitu! takpe ah. kesabaran membawa hikmah kan? so, kitorang pasang jugak ah. at least, budak perempuan kasi
cellotape untuk kitorang sambung stick-stick tu. then, siapa dah siap pasang khemah, pergi ambik bahan masak kat dewan PLKN. first day ni, kitorang makan sama negeri dulu. so, wakil negeri pergi ambik bahan masak tu. pastu pasang-pasang, masak-masak, makan-makan, sampai pukul 7 lebih ke 8 lebih, pergi surau PLKN kat belakang. solat jamak lagi.
lepas habis solat, semua-semua kitorang pergi dewan chalet. ada ceramah. ah, pulak dah! ceramah pun salah satunya budak-budak tak rasa nak serta. dah lah malam pulak tu. ngantuuuuuuk je semua. aku pulak dapat duduk yang first line, hujuuuung sekali. hm, ngantuk betul. pastu sebelah tu pulak ada abang fasi duduk. tapi bukan dalam line ah. tiap kali aku tertido, dia kejut. aku tido, dia kejut. banyak kali ah macam tu. huh, merana gila! last-last, abang tu kasi gula-gula tak nak kasi aku ngantuk. KONON lah. tapi tengah-tengah hisap gula-gula tu, boleh jugak aku tertido. dia kejut lagi. hisyyy! ganggu gila. rasa nak halau dia macam halau kucing. macam, "shuhh! shuh! get out you busty triangle!". tapi apa nak buat, dia lagi tua. biar je lah. tahan je. dah habis ceramah tu, fasi team aku, Abang Epul, dia pergi depan buat
shower sikit. "ok, semua bangun! ... duduk!", "eyyy, lambat! ok, kita buat cepat-cepat. ... bangun! duduk!", "dah ok belum?!", "jom nyanyi pulak!". ..... penat betul. dah habis benda alah tu, Brother Mus pulak ambik alih mic. dia marah-marah ah. macam kitorang ni banyak songeh lah apa lah. macam-macam ah dia punya air liur sembur kat kitorang-kitorang ni. pastu dia suruh kitorang makan, minum, tido .. semua-semua tu kena buat dengan team masing-masing. adoii! dia ni lah lagi banyak songeh. pastu ada abang ni sorang pulak, tak tau nama dia. dia kat sini kira macam guru disiplin ah. "siapa buat salah, kena senaman
popia", dia cakap. aku buat tak peduli jugak ah apa dia ngarut. pastu dalam pukul 1, kitorang balik khemah, tido.
_____________________________________
20/12 - first day tido kat CRR ni, bangun pukul 4.30 pagi. waaah! gila shit of the damn crew sayonara! mata pedih gila ah. kalau boleh nak tido lagi. tapi time tu pengiring Selangor kejut macam orang lari penjara. bisiiiiiing je dari luar khemah aku. huh, tumbuk perut tu kang. dah ah buncit. sheeeesh! bangun je lah, terpaksa. pastu pergi surau PLKN. huh, time jalan ke surau tu, gillla sejuk. dah lah sebelah tu tasik. bayuuuu. terpaksa enjoy ah sejuk tu. sampai surau, ambik wuduk. hm! sentuh air lagi. nak beku tapi sikit lagi nak beku tapi tak beku jugak akhirnya. then, duk dalam saf. solat sunat apa tah, and solat subuh. lepas solat, ada Kuliah Pagi pulak. aah! memang penat gila mata. kitorang duk dalam kelompok. and time pakcik tu kasi ceramah dia, aku kat belakang sempat ah tido kejap. pastu tiba-tiba, "haa! ada orang tido dah". terus terjaga aku. huh, 3-4 saat, dia sambung ceramah and aku sambung tido. lagi sekali, "haa! jangan tido". hisy, then sambung lagi tido. tak lama lepas tu, ceramah habis. then balik khemah, siap-siap untuk senaman sikit.
senaman tu pulak, nasib baik lah tak teruk sangat. tapi agak best. sebab diorang bukak video. dalam video tu ada ah orang buat senaman pagi tu. orang Indon. boleh kata smart jugak senam tu. dah habis senam, breakfast pulak. aa, dah lupa apa kitorang makan. lantak ah tu. tapi yang pasti kitorang makan halal ah. pastu siap-siap sikit. nak mula aktiviti baru pulak. Misi Syahadatain. benda ni kalau nak cakap senang, macam Explorace lah. main clue-clue. so, first, kitorang kumpul kat dewan PLKN. pastu bagi rule sikit and then kasi satu clue kat tiap-tiap team. aku punya team dapat clue,
Welcome. so, mula ah fikir. "welcome .. welcome .. welcome .. haa! pintu gerbang sana tu!". alright, kitorang pun pergi ah. dah jumpa orang jaga clue tu, kitorang kena habiskan task dulu. sebelum task kitorang start, kena kawad kaki sikit. adoi payah betul. tapi tak payah lah, senang je. task yang kitorang kena buat kat clue ni, kena jawab 3 soalan pasal Sirah Sahabat, and then kena buat lagu yang ada 3 bahasa yang berkenaan dengan Saiditina Aisyah. so, kitorang buat ah. nak perform kat depan orang tu, hah punya semangat! sebab dia cakap kalau tak semangat, kena nyanyi 3 kali lagi. ah, kitorang kasi semangat kitorang je ah kat orang tu. and .. hah lirik lagu kitorang memang berterabur gila. nak guna English, memang tepape. ngarut-ngarut. tapi nasib baik diterima. clue seterusnya, "Kolam Ikan Renang", orang tu cakap.
gegas ah pergi sana. time ni, ada team lain kat kolam ni. diorang tengah sibuk buat task. usy, memang susah jugak ah task tu. kena angkat botol pakai tali and kauk air dari baldi yang berisi air. dah tiba kitorang punya turn, kena kawad lagi. tapi kitorang kena denda sebab ganggu team tu. kena jemur kat bawah terik. uh, pedih! terbakar kulit. er, hampir terbakar. tapi tak pun. then kitorang buat task pulak. adoi! tak lepas angkat botol pakai tali rafia tu, masa dah suntuk. kitorang skip je lah. jawab soalan pulak. then, dapat clue lagi. tapi kali ni dia bagitau kat mana kitorang kena pergi. so, tempatnya dekat chalet belakang chalet depan tapi depan sikit. so, kat sini pulak ada jugak team lain tengah buat task diorang. diorang dah habis, kitorang punya turn pulak. first kitorang kena cerita pasal ... siapa tah. pasal Sahabat jugak lah. leader kitorang memang hebat ah pasal ni. so, dia conquer. tapi teammate kitorang, Hanif (Kedah) dia tolong backup lah Amir. so, dah habis cerita, kitorang kena baling batu kat salah satu botol yang berisi air kat depan kitorang. tiap satu botol, ada air lain-lain. kat sini ada dalam 5-6 botol lah. 5 orang daripada kitorang kena buat task ni. and aku terpilih lah. aku first yang kena baling. BUPP! tak kena. baling lagi, saaampai 5 kali. BUPP! tak kena jugak. alaaahai, malang. tukar orang pulak. and tukar tukar tukar, habis task tu dah. clue seterusnya, "Tempat orang bersujud". "Suraaaauu!". jerit tak malu ah aku.
surau ada dua pulak time ni. so, first kitorang pergi surau kat chalet depan. takde apape. then pergi surau PLKN pulak. jumpa orang jaga clue tu. dia suruh jahit bantal and kena jawab soalan. so, jahit Amir ambik alih. soalan yang lain jawab. aku dengan Hanif tak jawab soalan tu tapi kitorang pergi ambik pasir kat luar untuk buat bantal tu lah. habis clue kat surau ni, clue lagi, "court bola tampar, tapi net dia tinggi sikit". hah tau dah. dekat dengan court bola tampar tu jugak lah. tapi jalan depan sikit. kat sini kitorang kena cerita lagi. pasal Sahabat jugak tapi tak ingat lah nama dia. Amir ambik alih bercerita lagi. tengah-tengah cerita, orang tu tanya-tanya. then Ihsan (Penang) tolong ah. dah Ihsan jawab soalan orang tu, kat sebelah dia Amir tu, hulur tangan. "Five!", Amir dengan Ihsan hi-5 lah. adoi, sempat pulak budak-budak ni. then, ada task lagi. orang tu tarik orang yang agak kreatif. so, Hamid (KL) ambik alih ah. dia ni boleh ah jugak dikatakan kreatif. ni task yang dipanggil
Bergu. tapi bukan bergu badminton tu. tapi yang individu sorang kena bagi signal dengan guna badan dia dari perkataan yang orang tu kasi kat individu tu. perkataan yang dia guna tu pasal nama surah. so, kitorang kena teka nama surah ah. dah dapat tu, clue seterusnya .. orang tu guna badan, dia tunjuk gaya berkayak. yes! tempat kayak tu. gegas tempat kayak tu.
then, kitorang kena ikat
bananasplit tu then baru kayak atas tasik tu. and kitorang kena round hentian tu. finish! jawab soalan pulak. finish jugak! dah habis kayak, solat pulak. then Misi Syahadatain #2 start. kitorang-kitorang kena pergi kandang kambing, lembu kat Ladang Rakyat Terengganu (LRT) Livestock. kat sini kitorang kena combine. first team aku kena jalankan
Feed Lord. then aku, Ihsan and Abdullah (Negeri Sembilan) disuruh pergi buat makanan lembu. hm ok ah, best jugak. dah buat makanan lembu tu, pergi rumah cacing pulak. kat sini kitorang kena keluarkan cacing-cacing dari taik kambing yang dikepam setahun. so, kira tak kotor sangat lah taik tu. huuuih! best gila main cacing. paling best time kerjakan cacing yang besar-besar tu. usy, tak boleh berhenti. huh tapi dah lama-lama tu kitorang kena berhenti jugak. hm! kuku memang hitam gila ah. so, kitorang pergi basuh. then, pergi kandang kambing. kat kandang kambing ni pulak kitorang dibahagi kerja. aku, Ihsan, Hanif and Abdullah kena bersihkan kandang tu. isy! taik ketul-ketul bulat-bulat. geli je. tak lama tu, fasi panggil. dah habis masa dah. kena balik kem. sebelum balik, kena kumpul balik kat depan kandang lembu. time kumpul-kumpul tu, makcik yang jaga kandang tu, suruh kitorang pergi pijak air yang dekat kandang kambing tu. aih, patah balik ah. penat betul! dah pijak air tu, kumpul balik kat depan kandang lembu tu. pastu balik! tapi time balik kitorang kena ikut jalan belakang pulak. adoii! jauh gila. and sebelum jalan atas tar, time keluar tu, kitorang kena jalan atas bridge kot? jalan atas tu yang ada air sama macam dekat kandang kambing tu. actually, air ni untuk buang kotor-kotor dari set badan kita. uh, elok-elok tak basah kulit, lalu situ je basah dah. hmph! spoil je lah. then, balik kem.
kitorang diberi masa ah time ni untuk masak, makan. and kalau nak tukar baju tu, tukar lah. aku tukar jugak baju. and masa ni untuk kitorang-kitorang ni fikir untuk malam kang, aktivit
Malam Nurani Interpretasi Seni (MaNIS). dah habis masa tu, kitorang pergi solat dulu kat surau PLKN and baru kitorang pergi dewan PLKN untuk aktiviti MaNIS tu lah. sebelum start, Brother Mus kasi jadual. em, macam jadual lah, tapi tak sangat. macam team ni first perform ke last. and ada judger. 3 judger untuk judge diorang punya perform. so, aku punya team, laaast sekali. isy, lama ah jugak. nak tunggu turn kitorang, bukan main lama lagi. sampai tertido dibuatnya. at last, sampai jugak turn kitorang. then start lah. dah habis kitorang perform, heh. kat sini agak malu lah. em, kitorang dapat kritikan yang paling bagus kot. hah, tapi macam tu lah. lepas budak-budak perform, fasi-fasi and pengiring-pengiring pulak perform. time penginring-pengiring perform, Brother Mus and
The Guru Disiplin tarik 3 orang budak untuk critic fasi-fasi and pengiring-pengiring pulak. and, aku salah satu orangnya. and
Guru Disiplin cakap kat kitorang tiga, "critic kaw-kaw punya tau?". hm! aku pun ikut je lah. no hal aku critic. and diorang pun kena lah saki-baki kuasa critic aku. time aku sibuk-sibuk critic, Brother Mus menyampuk, "critic tu elok-elok, nanti kena senaman
popia". aku pun balas ah, "takpe. susah tau nak dapat chance mengkritik ni". malam ni memang dewan gegar-gegar dengan tawa budak-budak tu. dah habis MaNIS ni, balik khemah, makan sikit, tido. er, tido dalam pukul 2.
_____________________________________
21/12 - bangun lambat sikit. tapi agak awal jugak ah. dalam pukul 4.50 jugak ah. so, macam biasa, pergi surau PLKN nak solat. kali ni agak ok ah. dalam pukul 5 dalam surau, aku baring tido saaampai pukul 6. uh, rasa lega sikit lah. dah habis solat, kuliah pagi lagi. tapi kali ni penceramah yang lain. entah siapa nama dia. lantak lah. and time ni aku tido sikit. then dah habis ceramah, Amir kat depan cakap yang maybe hari ni Jungle Trekking tak jadi buat. dah habis tu, breakfast pulak. tengok-tengok Jungle Trekking tak jadi. hm, tak kisah lah. tapi yang gila kisah pasal trekking tu si Ihsan ah. dia cakap dia masuk kem ni sebab dia nak ber-Jungle Trekking je. hah, kira padan muka kot. so, Jungle Trekking tukar dengan aktiviti lain.

aktiviti lain tu, kitorang kena bentang lagi. kena bentang pasal aktiviti-aktiviti yang kitorang dah buat, and kaitkan dengan Sirah Sahabat. kira macam tu lah. then, team kitorang kena perform first-first sekali. so, kitorang naik stage, bentang ah apa yang kena bentang. dah habis tu, 2 lagi team pulak bentang. dah habis bentang pasal ni, kitorang kena buat program macam kem ni tapi kitorang sendiri yang buat. then, semua negeri combine balik, and discuss ah. pastu dah habis discuss, beratur balik depan stage ikut negeri. and time ni Abang Bai datang. er, lupa dah jawatan dia dalam kem ni. abang ni kira nak buat kitorang
naik balik lah. so, dia buat game ah nak buat kitorang rasa best sikit. and game dia macam tepape lah. takpe lah. taknak cerita. tak tau nak cakap macam mana pasal game ni. tapi agak best jugak ah. orang bergelak tawa jugak. "hehehe!". hah tepape betul. then, kitorang kemas khemah, and siap-siap tukar baju nak balik. yeah! pastu balik lah.
em, tapi time kitorang (Selangor) dalam bas Transnasional, tertido jugak ah. and time tido tu, macam biasa. tabiat yang tak boleh buang, air liur lembik sangat, titis atas lantai. "euuuw!"
Assalamu'alaikum ..
- 'Ulwan